PELAJARAN 4
Memperkenalkan Ayat Bible dengan Baik
CARA MELAKUKANNYA:
-
Fikirkan sebabnya anda membaca ayat itu. Semasa memperkenalkan setiap ayat Bible, halakan perhatian pendengar kepada isi utama yang akan anda tonjolkan dalam ayat itu.
-
Perkenalkan Bible sebagai asas. Semasa bercakap dengan orang yang percaya kepada Tuhan, nyatakan bahawa ayat yang hendak dibacakan adalah daripada Firman Tuhan, iaitu sumber kebijaksanaan yang tertinggi.
-
Bangkitkan minat pendengar terhadap ayat Bible. Tanyalah soalan yang akan dijawab dalam ayat itu, sebutkan suatu masalah yang dapat diselesaikan melalui nasihat ayat itu, atau nyatakan sebuah prinsip yang akan dihuraikan dalam catatan Bible.