Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 02

Bible Memberi Kita Harapan

Bible Memberi Kita Harapan

Semua orang menghadapi masalah. Mungkin anda ada penyakit yang serius atau orang yang anda sayang telah meninggal. Anda mungkin menderita, rasa sedih, atau risau. Jadi anda mungkin tertanya, “Adakah kehidupan saya akan terus begini?” Bible mempunyai jawapan yang sangat melegakan hati.

1. Bagaimanakah harapan Bible dapat membantu anda?

Bible memberitahu kita mengapa ada banyak masalah dan menjelaskan bahawa masalah kita hanyalah sementara dan akan dilenyapkan tidak lama lagi. Bible kata kita ada “harapan dan masa depan yang baik.” (Baca Yeremia 29:11, 12.) Harapan dan janji dalam Bible dapat membantu kita menghadapi masalah dengan berjaya, bersikap positif, dan mendapat kebahagiaan.

2. Apakah janji Bible tentang masa depan?

Bible janji pada masa depan “kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.” (Baca Wahyu 21:4.) Maka masalah yang kita hadapi, seperti kemiskinan, hal yang tidak adil, penyakit, dan kematian akan lenyap. Bible kata kita dapat hidup selama-lamanya di bumi Firdaus yang cantik.

3. Apakah yang dapat membantu anda yakin pada janji Bible?

Banyak orang ingin kehidupan yang lebih baik. Tetapi mereka tidak pasti harapan mereka akan tercapai atau tidak. Namun janji Bible pasti akan berlaku. Bagaimanakah anda boleh yakin bahawa janji Bible dapat dipercayai? Kami menjemput anda untuk “mengkaji Ayat-Ayat Suci dengan teliti” dan melihat buktinya dengan mata sendiri.—Kisah 17:11.

KETAHUILAH

Periksalah janji-janji Bible tentang masa depan. Belajarlah bagaimana harapan Bible membantu orang hari ini.

4. Bible menjanjikan hidup yang kekal dan sempurna

Lihat senarai janji Bible yang berikut. Mana satu yang anda paling suka? Mengapa?

Baca ayat Bible yang tercatat, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah ayat-ayat ini memberikan harapan? Apakah manfaat janji-janji dalam Bible bagi keluarga dan kawan-kawan anda?

Bayangkan keadaan di bumi jika

TIADA . . .

SEMUA ORANG . . .

  • orang yang menderita, menjadi tua, atau mati.​—Yesaya 25:8.

  • dapat berjumpa dengan orang tersayang yang dihidupkan semula di bumi Firdaus.​—Yohanes 5:28, 29.

  • menjadi muda dan mempunyai kesihatan yang sempurna.​—Ayub 33:25.

  • hidup gembira buat selama-lamanya di bumi yang cantik.​—Mazmur 37:29.

5. Harapan Bible dapat mengubah hidup anda

Banyak orang kecewa dan marah apabila melihat hal yang buruk berlaku. Sesetengah orang bahkan sanggup mengambil tindakan yang melampau untuk mendapat keadilan. Lihat bagaimana janji Bible membantu orang sekarang. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang buat Rafika rasa bahawa dunia ini tidak adil?

  • Walaupun masih ada banyak hal yang tidak adil berlaku, bagaimanakah Bible membantunya?

Harapan Bible dapat membantu kita melawan kekecewaan dan menghadapi cabaran dengan berjaya. Baca Amsal 17:22 dan Roma 12:12, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah anda rasa harapan Bible dapat mengubah hidup anda sekarang? Mengapa?

ADA ORANG KATA: “Susah untuk percaya janji dalam Bible.”

  • Mengapa penting untuk mengkaji sama ada janji Bible benar-benar akan berlaku atau tidak?

RINGKASAN

Harapan Bible tentang masa depan yang gembira membantu kita menghadapi cabaran dengan berjaya sekarang.

Ulang Kaji

  • Mengapakah orang perlukan harapan?

  • Apakah janji Bible tentang masa depan?

  • Bagaimanakah harapan Bible dapat membantu anda sekarang?

Matlamat

JOM BELAJAR

Belajarlah mengapa penting untuk mempunyai harapan.

“Harapan​—Di Manakah Anda Dapat Menemuinya?” (Sedarlah!, 22 April 2004)

Lihatlah bagaimana harapan masa depan dapat membantu orang yang menghidap penyakit serius.

“Dapatkah Bible Membantu jika Anda Menghidap Penyakit Kronik?” (Rencana di laman web)

Semasa menonton video muzik ini, bayangkan hidup anda dan keluarga di bumi Firdaus.

Bayangkan Masanya (3:37)

Baca bagaimana kehidupan seorang aktivis sosial berubah selepas mempelajari harapan Bible.

“Saya Tidak Lagi Rasa Saya Harus Mengubah Dunia” (Menara Pengawal, 1 Julai 2013)