Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 10

Apakah Manfaat Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa?

Apakah Manfaat Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa?

Pernahkah anda dijemput untuk menghadiri perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa? Jika anda belum pernah menghadirinya, anda mungkin ada banyak soalan tentang apa yang berlaku di sana. Mengapakah perjumpaan penting? Mengapakah anda patut menghadirinya? Dalam pelajaran ini, anda akan belajar bagaimana perjumpaan dapat membantu anda menghampiri Tuhan dan manfaat yang akan anda raih.

1. Apakah sebab terpenting untuk menghadiri perjumpaan?

Seorang penulis Bible menjelaskan sebab utama kita menghadiri perjumpaan. Dia berkata, “Ya Yehuwa, aku akan memuji-Mu dalam perhimpunan yang besar.” (Mazmur 26:12) Di seluas dunia, Saksi-Saksi Yehuwa juga berasa gembira semasa berkumpul bersama. Setiap minggu, mereka berhimpun untuk menyembah Yehuwa, berdoa, dan menyanyi. Setiap tahun, mereka juga ada beberapa perjumpaan yang lebih besar.

2. Apakah yang dapat anda belajar di perjumpaan?

Semasa di perjumpaan, Bible selalu digunakan. Ayat-ayat Bible ‘dihuraikan dan dijelaskan dengan teliti.’ (Baca Nehemia 8:8.) Jadi, anda dapat belajar tentang Yehuwa dan sifat-sifat-Nya, seperti kasih. Ini dapat bantu anda untuk menghampiri-Nya. Anda juga akan belajar cara untuk hidup bahagia.​—Yesaya 48:17, 18.

3. Apakah manfaat lain yang dapat anda peroleh?

Yehuwa mahu kita “memperhatikan satu sama lain supaya kita dapat saling memberikan dorongan untuk memperlihatkan kasih dan melakukan perbuatan yang baik.” Dia mengingatkan kita agar ‘jangan abaikan perjumpaan.’ (Ibrani 10:24, 25) Di perjumpaan, anda dapat kenal orang daripada pelbagai latar belakang. Anda akan jumpa kawan baik yang mengasihi Tuhan. Anda dapat mendengar luahan mereka tentang Tuhan dan Bible. (Baca Roma 1:11, 12.) Anda juga boleh kongsi masalah anda dengan mereka, dan belajar cara untuk menanganinya. Inilah antara berkat-berkat yang dapat anda nikmati jika anda menghadiri perjumpaan secara tetap!

KETAHUILAH

Belajarlah lebih banyak tentang perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa dan ketahuilah mengapa usaha anda untuk menghadirinya sangat berbaloi.

4. Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa

Orang Kristian pada zaman dahulu selalu berkumpul untuk menyembah Yehuwa. (Roma 16:3-5) Baca Kolose 3:16, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah orang Kristian pada abad pertama menyembah Yehuwa?

Hari ini, Saksi-Saksi Yehuwa juga berkumpul secara tetap. Untuk lihat apa yang berlaku di sana, mainkan VIDEO. Kemudian, tengok gambar yang menunjukkan perjumpaan, dan bincang soalan berikut:

  • Apakah persamaan yang anda lihat daripada apa yang berlaku di Dewan Perjumpaan dengan Kolose 3:16?

  • Berdasarkan video atau gambar tentang perjumpaan, apakah hal lain yang anda suka?

Baca 2 Korintus 9:7, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah anda tidak diwajibkan untuk membayar apa-apa semasa menghadiri perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa?

Lihatlah jadual bagi salah satu perjumpaan minggu ini bersama guru Bible anda.

  • Bahagian manakah yang anda rasa menarik atau berguna bagi anda?

Tahukah anda?

Di jw.org, anda dapat mencari tempat dan masa perjumpaan yang diadakan di seluruh dunia.

  1. Ada ceramah, video, dan latihan untuk menginjil dan mengajar. Perjumpaan bermula dan berakhir dengan lagu dan doa

  2. Untuk sesetengah bahagian, hadirin dijemput untuk memberi komen dan meluahkan pendapat mereka

  3. Semua orang dijemput hadir, tidak kira keluarga, orang bujang, orang tua, dan kanak-kanak

  4. Semuanya percuma. Tiada kutipan wang dan tiada bayaran untuk masuk

5. Usaha diperlukan untuk datang ke perjumpaan

Setiap tahun, Yesus dan keluarganya harus berjalan kira-kira tiga hari dari Nasaret ke Yerusalem untuk menghadiri acara rohani. Mereka perlu berjalan melalui kawasan pergunungan. Baca Lukas 2:39-42, kemudian bincang soalan berikut:

  • Anda rasa adakah perjalanan mereka memerlukan usaha?

  • Apakah pengorbanan atau usaha yang perlu anda buat untuk menghadiri perjumpaan?

  • Adakah anda rasa semua itu berbaloi? Mengapa?

Bible kata sangat penting untuk berhimpun bersama. Baca Ibrani 10:24, 25, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah kita harus menghadiri perjumpaan secara tetap?

ADA ORANG KATA: “Tak payahlah pergi ke perjumpaan. Belajar Bible di rumah sudah cukup.”

  • Apakah ayat atau contoh dalam Bible yang menunjukkan pandangan Yehuwa tentang hal ini?

RINGKASAN

Kalau anda pergi ke perjumpaan, anda dapat belajar lebih banyak tentang Yehuwa, menguatkan persahabatan dengan-Nya, dan menyembah-Nya bersama orang lain.

Ulang Kaji

  • Mengapakah Yehuwa mahu kita berkumpul bersama?

  • Apakah yang akan anda belajar di perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa?

  • Apakah manfaat lain yang dapat anda terima daripada perjumpaan?

Matlamat

JOM BELAJAR

Adakah anda takut menghadiri perjumpaan? Tengoklah pengalaman seorang lelaki yang pernah rasa begitu dan bagaimana dia mula menikmati perjumpaan.

Kami Tidak Akan Lupa Cara Kami Disambut (4:16)

Dengarlah perasaan seorang pemuda tentang perjumpaan dan usaha yang dicurahkannya untuk menghadiri perjumpaan secara tetap.

Saya Sangat Suka Perjumpaan! (4:33)

Ketahui bagaimana seorang ahli kongsi gelap berubah selepas menghadiri perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa.

“Saya Selalu Membawa Pistol Bersama” (Menara Pengawal, 1 Julai 2014)