Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 13

Bagaimanakah Agama Palsu Merosakkan Nama Baik Tuhan?

Bagaimanakah Agama Palsu Merosakkan Nama Baik Tuhan?

Bible kata Tuhan itu kasih. Jadi, mengapakah banyak hal jahat dilakukan oleh agama yang sepatutnya mewakili Tuhan? Hal ini kerana agama sebegitu adalah palsu. Akibatnya, mereka merosakkan nama baik Tuhan. Mari kita lihat bagaimana agama palsu merosakkan nama baik Tuhan, perasaan Yehuwa terhadap mereka, dan apa yang akan dilakukan-Nya.

1. Bagaimanakah ajaran agama palsu merosakkan nama baik Tuhan?

Agama palsu telah “menggantikan kebenaran Tuhan dengan dusta.” (Roma 1:25) Contohnya, pemimpin agama tidak mengajarkan nama Tuhan. Tetapi Bible kata bahawa nama Tuhan mesti digunakan. (Roma 10:13, 14) Selain itu, banyak agama ajar bahawa hal-hal buruk yang terjadi ialah ujian daripada Tuhan. Tetapi Bible kata bahawa Tuhan tidak mungkin melakukan hal-hal jahat. (Baca Yakobus 1:13.) Sedihnya, dusta-dusta seperti ini menyebabkan banyak orang menjauhi Tuhan.

2. Bagaimanakah perbuatan agama palsu merosakkan nama baik Tuhan?

Mengenai agama palsu, Bible kata, “Dosanya sudah bertimbun-timbun sampai ke syurga.” (Wahyu 18:5) Selama ratusan tahun, agama palsu terlibat dalam politik, menyokong peperangan, dan menyebabkan kematian banyak orang. Sesetengah pemimpin agama pula minta wang daripada pengikut mereka agar dapat hidup mewah. Perbuatan mereka menunjukkan bahawa mereka tidak mengenali Tuhan dan tidak layak mewakili-Nya.​—Baca 1 Yohanes 4:8.

3. Apakah perasaan Tuhan terhadap agama palsu?

Tidakkah anda rasa marah apabila memikirkan hal-hal jahat yang dilakukan oleh agama palsu? Jika anda pun rasa begitu, apatah lagi Tuhan! Ingatlah, walaupun Tuhan itu kasih, Dia tidak akan membiarkan para pemimpin agama untuk terus menindas orang. Tidak lama lagi, Tuhan akan menghapuskan semua agama palsu dan Dia berjanji bahawa agama palsu “tidak akan dijumpai lagi.”​—Wahyu 18:8, 21.

KETAHUILAH

Lihatlah perasaan Tuhan terhadap agama palsu. Belajar lebih banyak tentang apa yang dilakukan oleh agama palsu dan mengapa hal itu tidak patut menghalang anda daripada mengenali Yehuwa.

4. Bukan semua agama diterima Tuhan

Banyak orang percaya bahawa semua agama menuju kepada Tuhan yang sama. Adakah hal itu benar? Baca Matius 7:13, 14, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang Bible kata tentang jalan yang menuju ke kehidupan?

Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Menurut Bible, adakah Tuhan menerima semua agama?

5. Agama palsu tidak mencerminkan kasih Tuhan

Agama palsu telah merosakkan nama Tuhan melalui banyak cara. Salah satu cara ialah mereka melibatkan diri dalam peperangan. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang dilakukan oleh banyak gereja semasa Perang Dunia Kedua?

  • Apakah perasaan anda terhadap perbuatan mereka?

Baca Yohanes 13:34, 35 dan 17:16. Kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah perasaan Yehuwa terhadap agama yang menyokong peperangan?

  • Agama palsu telah melakukan banyak hal yang buruk. Pernahkah anda lihat sendiri perbuatan mereka yang tidak mencerminkan kasih Tuhan? Jelaskan.

Agama palsu tidak menunjukkan kasih Tuhan

6. Tuhan mahu membebaskan orang daripada agama palsu

Baca Wahyu 18:4, a kemudian bincang soalan berikut:

  • Tuhan mahu menyelamatkan orang daripada disesatkan oleh agama palsu. Apakah perasaan anda setelah mengetahui hal ini?

7. Terus belajar tentang Tuhan yang benar

Adakah Tuhan patut disalahkan atas perbuatan buruk agama palsu? Bayangkan seorang anak yang dibesarkan dengan penuh kasih. Tetapi apabila dia dewasa, dia memilih untuk meninggalkan rumah dan melakukan banyak hal yang jahat. Memang tidak masuk akal untuk menyalahkan ibu bapanya atas perbuatan buruknya.

  • Adakah munasabah untuk menyalahkan Yehuwa dan berhenti belajar tentang-Nya kerana perbuatan buruk agama palsu?

ADA ORANG KATA: “Saya tidak berminat tentang Tuhan sebab agama menyebabkan banyak masalah di dunia.”

  • Pernahkah anda rasa begitu?

  • Mengapakah kita tidak patut biarkan perbuatan buruk agama palsu mempengaruhi pandangan kita terhadap Yehuwa?

RINGKASAN

Ajaran dan perbuatan buruk agama palsu telah merosakkan nama Yehuwa. Dia akan memusnahkan semua agama palsu.

Ulang Kaji

  • Apakah perasaan anda tentang ajaran dan perbuatan agama palsu?

  • Apakah perasaan Yehuwa terhadap agama palsu?

  • Apakah yang akan Tuhan lakukan terhadap agama palsu?

Matlamat

JOM BELAJAR

Mengapakah Yehuwa mahu kita menyembah-Nya bersama umat-Nya?

“Perlukah Kita Menyertai Kumpulan Agama Tertentu?” (Rencana di laman web)

Seorang paderi yang kecewa dengan gerejanya berusaha mencari kebenaran tentang Tuhan.

“Mengapa Seorang Paderi Meninggalkan Gerejanya” (Sedarlah!, Februari 2015)

Selama ribuan tahun, ajaran banyak agama membuat Tuhan kelihatan kejam dan tidak prihatin terhadap manusia. Lihatlah bagaimana dusta mereka didedahkan.

“Dusta yang Menghalang Kita Mengasihi Tuhan” (Menara Pengawal, 1 November 2013)

a Lihat Penjelasan 1 untuk belajar mengapa buku Wahyu menggambarkan agama palsu sebagai wanita yang bernama Babilon Besar.