Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 22

Anda Dapat Mengongsi Berita Baik kepada Orang Lain

Anda Dapat Mengongsi Berita Baik kepada Orang Lain

Selepas mempelajari kebenaran Bible, anda mungkin fikir, “Orang lain pun perlu tahu hal-hal ini!” Tapi anda mungkin takut untuk kongsi apa yang anda belajar. Mari lihat cara untuk mengatasi perasaan takut dan menikmati sukacita semasa menginjil.

1. Bagaimanakah anda dapat mengongsi apa yang sudah anda belajar?

Murid-murid Yesus kata, “Kami tidak dapat berhenti bercakap tentang apa yang sudah kami lihat dan dengar.” (Kisah 4:20) Seperti mereka, anda mungkin menghargai kebenaran Bible dan ingin memberitahu orang lain tentangnya. Jadi, carilah peluang untuk mengongsinya dengan saudara-mara dan kawan-kawan anda. Berusahalah untuk berbuat demikian dengan penuh hormat.—Baca Kolose 4:6.

Cubalah cara-cara ini:

  • Untuk mengongsi sesuatu daripada Bible kepada ahli keluarga, anda boleh kata, “Saya belajar sesuatu yang menarik minggu ini.”

  • Kongsi ayat Bible untuk menggalakkan kawan yang sakit atau tertekan.

  • Jika rakan kerja tanya apa yang anda lakukan pada hujung minggu, kongsilah apa yang anda belajar di perjumpaan atau pembelajaran Bible.

  • Cuba tunjuk laman web jw.org kepada kawan-kawan anda.

  • Jemput seseorang untuk menyertai pembelajaran Bible anda atau tunjuk cara dia dapat memohon pembelajaran Bible melalui jw.org.

2. Mengapakah anda digalakkan untuk menginjil bersama sidang?

Murid-murid Yesus tidak menginjil kepada orang yang mereka kenal sahaja. Sebaliknya, mereka menjalankan kerja penyebaran dengan teratur. Yesus “mengutus mereka secara berpasangan” ke kota-kota dan tempat lain. (Lukas 10:1) Oleh sebab mereka menginjil bersama-sama, mereka lebih gembira dan dapat mencapai lebih banyak orang. (Lukas 10:17) Inginkah anda menyertai kerja yang memuaskan ini?

KETAHUILAH

Lihat bagaimana anda dapat mengatasi rasa takut dan menikmati sukacita semasa mengongsi berita baik.

3. Yehuwa akan menyertai anda

Sesetengah orang takut menginjil kerana risau tentang pandangan atau sambutan orang terhadap mesej Bible.

  • Adakah anda gementar untuk mengongsi apa yang telah anda pelajari? Mengapa?

Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah Saksi-Saksi yang muda ini mengatasi rasa takut?

Baca Yesaya 41:10, kemudian bincang soalan berikut:

  • Jika anda rasa takut untuk menginjil, bagaimanakah doa dapat membantu anda?

Tahukah anda?

Ramai Saksi-Saksi Yehuwa juga pernah fikir mereka tidak mungkin dapat menginjil kepada orang lain. Sebagai contoh, Sergey kurang keyakinan diri dan rasa susah untuk bercakap kepada orang lain. Selepas dia belajar Bible, dia berkata, “Saya berusaha mengatasi perasaan takut dan mula mengongsi mesej Bible dengan orang lain. Hasilnya, keyakinan diri saya semakin bertambah dan iman saya juga menjadi semakin kuat.”

4. Bersikap hormat dan sopan

Sebelum mengongsi mesej Bible, anda bukan hanya harus fikir apa yang ingin dikatakan, tetapi juga bagaimana anda akan menyampaikannya. Baca 2 Timotius 2:24 dan 1 Petrus 3:15, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah anda dapat menerapkan nasihat ini semasa mengongsi berita baik?

  • Apakah yang dapat anda lakukan jika keluarga atau kawan tidak setuju dengan hal-hal yang anda kongsi? Apakah yang tidak patut anda lakukan?

  • Mengapakah lebih baik untuk menggunakan soalan dan menanya pendapat mereka, dan bukannya memaksa mereka untuk percaya apa yang anda katakan?

5. Menginjil membawa sukacita

Apakah perasaan Yesus terhadap kerja menginjil yang diberikan oleh Bapanya? Baca Yohanes 4:34, kemudian bincang soalan berikut:

  • Kita rasa gembira dan mendapat tenaga jika kita makan makanan yang berkhasiat. Mengapakah Yesus menyamakan kehendak Tuhan dan kerja menginjil dengan makanan?

  • Pada pendapat anda, mengapakah kerja menginjil membawa sukacita?

Tip yang berguna

  • Semasa perjumpaan pertengahan minggu, belajarlah cara untuk memulakan perbualan.

  • Bincanglah dengan guru Bible mengenai cara anda dapat ikut serta dalam bahagian tugasan pelajar semasa perjumpaan pertengahan minggu. Latihan ini membantu anda lebih bersedia untuk menginjil.

  • Guna bahagian “Ada Orang Kata” atau “Orang Mungkin Tanya” dalam kursus ini untuk berlatih cara menjawab soalan dan bantahan yang sering dikemukakan.

ORANG MUNGKIN TANYA: “Lama tak jumpa. Apa khabar?”

  • Bagaimanakah anda dapat menggunakan peluang ini untuk memberitahunya apa yang sedang anda belajar?

RINGKASAN

Kerja menginjil tidaklah terlalu susah dan dapat membawa sukacita yang besar.

Ulang Kaji

  • Mengapakah anda digalakkan untuk mengongsi berita baik dengan orang lain?

  • Bagaimanakah anda dapat berbuat demikian dalam cara yang hormat?

  • Bagaimanakah anda dapat mengatasi rasa takut untuk menginjil?

Matlamat

JOM BELAJAR

Belajar empat cara yang mudah untuk menginjil dengan menggunakan kad jw.org.

Cadangan Penyampaian Kad JW.ORG (1:43)

Ketahui empat sifat yang dapat membantu anda mengongsi berita baik.

“Sudahkah Anda Bersedia untuk Menjadi Penjala Manusia?” (Menara Pengawal, September 2020)

Lihat contoh watak Bible yang menunjukkan bagaimana orang muda dapat menginjil dengan berani.

Yehuwa Akan Membantu Kamu Menjadi Berani (11:59)

Belajar cara anda dapat bercakap tentang mesej Bible dengan ahli keluarga yang tidak kenal Yehuwa.

“Mencapai Hati Saudara-Mara yang Tidak Seiman” (Menara Pengawal, 15 Mac 2014)