Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 25

Apakah Tujuan Tuhan bagi Kita?

Apakah Tujuan Tuhan bagi Kita?

Bible kata, “Kehidupan manusia singkat dan penuh dengan kesusahan.” (Ayub 14:1) Adakah Tuhan mahu kita hidup begini? Jika tidak, apakah tujuan-Nya bagi kita? Adakah tujuan-Nya akan tercapai? Mari kita lihat jawapan daripada Bible.

1. Apakah tujuan Tuhan bagi kita?

Yehuwa mahu manusia menikmati kehidupan yang terbaik. Setelah menciptakan Adam dan Hawa, Dia memberi mereka tempat tinggal yang cantik yang dipanggil Taman Eden. Kemudian, “Tuhan memberkati mereka dan berfirman kepada mereka, ‘Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak. Penuhilah bumi, dan hendaklah kamu menguasainya.’” (Kejadian 1:28) Ya, Yehuwa mahu mereka mempunyai banyak keturunan, menjaga binatang, menjadikan seluruh bumi sebuah Firdaus, memiliki kesihatan yang sempurna, dan hidup selama-lamanya.

Walaupun keadaan di bumi sekarang sangat berbeza daripada tujuan Tuhan yang asal, a tujuan-Nya masih sama. (Yesaya 46:10, 11) Dia mahu manusia yang mengasihi-Nya hidup selama-lamanya di bawah keadaan yang sempurna.​—Baca Wahyu 21:3, 4.

2. Bagaimanakah kita dapat hidup bahagia sekarang?

Yehuwa menciptakan manusia dengan “keperluan rohani,” iaitu keinginan untuk mengenali dan menyembah-Nya. (Baca Matius 5:3-6.) Dia mahu kita mempunyai hubungan yang akrab dengan-Nya, ‘melakukan semua kehendak-Nya, mengasihi-Nya, dan mengabdikan diri kepada-Nya dengan sepenuh hati.’ (Ulangan 10:12; Mazmur 25:14) Jika kita melakukan semua itu, kita dapat hidup bahagia biarpun kita menghadapi masalah. Sememangnya, hubungan kita dengan Yehuwa memberi hidup kita makna dan membawa kepuasan.

KETAHUILAH

Belajar bagaimana cara Yehuwa menyediakan bumi mencerminkan kasih-Nya. Ketahui juga apa yang Bible ajarkan tentang tujuan kehidupan manusia.

3. Yehuwa ada tujuan yang mulia untuk manusia

Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah Yehuwa menciptakan bumi kita yang indah?

Baca Pengkhutbah 3:11, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang anda belajar tentang Yehuwa daripada ayat ini?

4. Tujuan asal Yehuwa tidak berubah

Baca Mazmur 37:11, 29 dan Yesaya 55:11, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah ayat-ayat ini membuktikan bahawa tujuan Yehuwa bagi kita tidak berubah?

5. Hidup kita bermakna apabila kita menyembah Yehuwa

Jika kita mengetahui tujuan hidup kita, hal ini dapat membawa kebahagiaan. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Setelah mengetahui tujuan hidup manusia, bagaimanakah kehidupan Terumi berubah?

Baca Pengkhutbah 12:13, kemudian bincang soalan berikut:

  • Yehuwa telah melakukan begitu banyak hal yang baik untuk kita. Bagaimanakah kita dapat membalas kebaikan-Nya?

ORANG MUNGKIN TANYA: “Apa tujuan hidup kita?”

  • Apakah jawapan anda?

RINGKASAN

Yehuwa mahu kita menikmati kehidupan kekal di bumi dalam keadaan yang sempurna. Apabila kita menyembah-Nya dengan sepenuh hati, kita ada hidup yang bermakna sekarang hingga selama-lamanya.

Ulang Kaji

  • Apakah tujuan Tuhan bagi Adam dan Hawa?

  • Bagaimanakah kita tahu tujuan Tuhan bagi manusia tidak berubah?

  • Bagaimanakah anda dapat menikmati hidup yang bermakna?

Matlamat

JOM BELAJAR

Lihat bukti yang menunjukkan bahawa Taman Eden benar-benar pernah wujud.

“Adakah Taman Eden Sekadar Cerita Dongeng?” (Menara Pengawal, 1 Januari 2011)

Belajar mengapa kita dapat yakin bumi akan kekal buat selama-lamanya.

“Adakah Bumi Ini Akan Dimusnahkan?” (Rencana di laman web)

Ketahuilah apa yang dikatakan dalam Bible tentang tujuan kehidupan kita.

“Apakah Tujuan Hidup Kita?” (Rencana di laman web)

Belajar bagaimana seorang lelaki menemui makna kehidupan.

Hidup Saya Penuh Makna Sekarang (3:55)

a Pelajaran seterusnya akan menjelaskan hal ini dengan lebih lanjut.