Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 53

Pilih Hiburan yang Menyenangkan Hati Yehuwa

Pilih Hiburan yang Menyenangkan Hati Yehuwa

Memandangkan Yehuwa ialah “Tuhan yang gembira,” Dia juga mahu kita gembira dan menikmati hidup. (1 Timotius 1:11) Biarpun penting untuk bekerja keras, kita juga perlukan masa untuk berehat. Bagaimanakah kita dapat menggunakan masa rehat dalam cara yang menyeronokkan dan menyenangkan hati Yehuwa? Mari kita membincangkannya dalam pelajaran ini.

1. Apakah yang harus kita pertimbangkan semasa memilih hiburan?

Apakah yang anda suka buat untuk relaks? Sesetengah orang suka melakukan aktiviti bersendirian, seperti membaca buku, mendengar muzik, menonton wayang, atau melayari Internet. Ada pula yang suka meluangkan masa bersama kawan dan pergi hiking, berenang, atau main game. Tidak kira apa pun yang kita suka buat, kita mahu pastikan pilihan kita “diperkenankan Tuan kita.” (Efesus 5:10) Hal ini sangat penting kerana banyak hiburan sekarang mempunyai unsur-unsur yang dibenci Yehuwa, seperti keganasan, perbuatan seks yang tidak bermoral, atau spiritisme. (Baca Mazmur 11:5.) Apakah yang dapat membantu kita memilih hiburan dengan bijak?

Pergaulan kita dapat mempengaruhi hiburan yang kita pilih. Bible kata, “Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak.” (Amsal 13:20) Jika kita berkawan dengan orang yang mengasihi Yehuwa, pengaruh baik mereka dapat membantu kita memilih hiburan dengan bijak. Sebaliknya, jika kita selalu bergaul dengan orang yang tidak mengasihi Yehuwa, mereka akan mempengaruhi kita untuk membuat keputusan yang buruk.

2. Mengapakah kita perlu mengawal masa yang diluangkan untuk hiburan?

Bible menasihati kita untuk ‘menggunakan masa kita dengan sebaik-baiknya.’ (Baca Efesus 5:15, 16.) Walaupun hiburan kita tidak salah, kita tidak mahu meluangkan terlalu banyak masa sehingga tiada masa untuk hal-hal yang lebih penting.

KETAHUILAH

Belajar cara memilih hiburan dengan bijak.

3. Elakkan hiburan yang memudaratkan

Mengapakah kita harus memilih hiburan dengan berhati-hati? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah persamaan hiburan pada hari ini dengan pertarungan gladiator pada zaman kuno?

  • Apakah yang Danny belajar tentang hiburan?

Baca Roma 12:9, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah prinsip dalam ayat ini membantu anda memilih hiburan?

Apakah sesetengah hal yang dibenci Yehuwa? Baca Amsal 6:16, 17 dan Galatia 5:19-21. Selepas membaca setiap ayat, bincang soalan berikut:

  • Antara hal-hal yang disebut dalam ayat ini, manakah yang biasa kita lihat dalam hiburan hari ini?

 Cara memilih hiburan dengan bijak

Tanyalah diri:

  • Apa? Adakah terdapat hal-hal yang dibenci Yehuwa?

  • Bila? Adakah perkara yang lebih penting diabaikan?

  • Siapa? Adakah saya bergaul rapat dengan orang yang tidak mengasihi Yehuwa?

Semasa memandu, kita perlu menjauhi kawasan yang bahaya. Semasa memilih hiburan, kita juga mahu menjauhi hal yang memudaratkan

4. Gunakan masa dengan bijak

Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Biarpun saudara dalam video ini tidak melihat hiburan yang buruk, apakah cabaran yang dihadapinya?

Baca Filipi 1:10, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah ayat ini membantu kita menetapkan jumlah masa yang diluangkan untuk rekreasi dan hiburan?

5. Pilih hiburan yang baik

Walaupun ada sesetengah hiburan yang tidak menyenangkan Yehuwa, masih ada banyak hiburan yang sesuai bagi kita. Baca Pengkhutbah 8:15 dan Filipi 4:8, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah hiburan dan rekreasi yang menyegarkan yang anda suka lakukan?

Anda dapat menikmati hiburan yang baik dan rekreasi yang menyegarkan

ADA ORANG KATA: “Itu wayang saja. Saya bukannya buat hal yang ganas atau hal yang tidak bagus.”

  • Apakah jawapan anda?

RINGKASAN

Yehuwa mahu kita memilih hiburan yang baik dan rekreasi yang menyegarkan.

Ulang Kaji

  • Apakah hiburan yang harus kita hindari?

  • Mengapakah kita patut berhati-hati tentang jumlah masa yang dihabiskan untuk hiburan?

  • Mengapakah anda mahu memilih hiburan yang menyenangkan hati Yehuwa?

Matlamat

JOM BELAJAR

Belajar bagaimana anda dapat buat keputusan yang bijak semasa memilih rekreasi.

“Adakah Anda Memilih Rekreasi yang Bermanfaat?” (Menara Pengawal, 15 Oktober 2011)

Dalam kisah hidup “Saya Berjaya Menyingkirkan Perasaan Prasangka,” lihat bagaimana seorang lelaki belajar untuk memilih hiburan yang lebih baik.

“Bible Mengubah Hidup” (Menara Pengawal, 1 Februari 2010)

Ketahui bagaimana seorang ibu berusaha mengelakkan hiburan yang mengandungi spiritisme.

Elakkan Hiburan yang Mengandungi Spiritisme (2:02)