PELAJARAN 58
Tetap Setia kepada Yehuwa
Yehuwa mengasihi orang yang setia kepada-Nya. (Baca 1 Tawarikh 28:9.) Maka, sebagai orang Kristian sejati, kita ingin tetap setia dan mengutamakan-Nya dalam hidup kita. Tetapi hal ini tidak mudah. Apakah yang dapat menguji kesetiaan kita dan bagaimanakah kita dapat menanganinya dengan berjaya?
1. Siapakah yang mungkin menguji kesetiaan kita kepada Yehuwa?
Sesetengah orang cuba menghalang kita daripada menyembah Yehuwa. Contohnya, ada antara mereka yang pernah menyembah Yehuwa tetapi pada kemudian hari, mereka meninggalkan organisasi Yehuwa. Mereka dipanggil orang murtad. Mereka mungkin menyebarkan dusta tentang organisasi Yehuwa supaya iman kita hancur. Ada juga pemimpin agama yang cuba menyebarkan maklumat palsu agar mengelirukan orang supaya meninggalkan kebenaran. Yesus menasihati kita, “Biarkanlah mereka. Mereka ialah pemimpin-pemimpin buta. Jika orang buta memimpin orang buta, kedua-duanya akan jatuh ke dalam lubang.” (Matius 15:14) Maka, adalah bahaya bagi kita untuk berdebat dengan mereka, membaca buku dan blog mereka, serta melayari laman web atau melihat video mereka.
2. Bagaimanakah kita dapat tetap setia semasa membuat keputusan peribadi?
Yehuwa mengarahkan kita, “Keluarlah daripada [Babilon Besar], hai umat-Ku.” (Wahyu 18:2, 4) Kasih kepada Yehuwa akan mendorong kita untuk menjauhi agama palsu. Jadi kerja yang kita pilih, organisasi yang kita sertai, mahupun aktiviti yang kita lakukan tidak patut ada apa-apa kaitan dengan agama palsu.
KETAHUILAH
Lihat bagaimana anda dapat tetap setia kepada Yehuwa. Belajar juga bagaimana anda dapat menunjukkan kesetiaan dengan meninggalkan Babilon Besar.
3. Berwaspada terhadap guru palsu
Apakah sepatutnya reaksi kita apabila mendengar hal buruk tentang organisasi Yehuwa? Baca Amsal 14:15, kemudian bincang soalan berikut:
-
Mengapakah tidak bijak untuk mempercayai segala sesuatu yang kita dengar?
Baca 2 Yohanes 9-11, kemudian bincang soalan berikut:
-
Bagaimanakah kita patut melayan orang murtad?
-
Walaupun kita tidak jumpa orang murtad secara bersemuka, bagaimanakah kita mungkin terdedah kepada ajaran mereka?
-
Pada pendapat anda, apakah perasaan Yehuwa jika kita tertarik kepada maklumat palsu tentang-Nya atau organisasi-Nya?
4. Tetap setia kepada Tuhan semasa rakan seiman berdosa
Jika kita tahu bahawa seorang ahli sidang telah melakukan dosa serius, apakah yang perlu kita buat? Lihatlah Hukum Tuhan kepada orang Israel. Baca Imamat 5:1.
Menurut ayat ini, kita harus beritahu para penatua jika kita tahu bahawa salah seorang rakan seiman melakukan dosa serius. Namun sebelum itu, kita patut menggalakkannya untuk mencari penatua dan mendapat bantuan mereka. Jika dia enggan mengakui dosanya, kesetiaan kepada Yehuwa akan mendorong kita untuk memberitahu hal itu kepada para penatua. Bagaimanakah tindakan ini menunjukkan kasih dan kesetiaan kepada . . .
-
Tuhan Yehuwa?
-
orang yang melakukan dosa?
-
saudara saudari dalam sidang?
5. Keluar daripada Babilon Besar
Baca Lukas 4:8 dan Wahyu 18:4, 5, kemudian bincang soalan berikut:
-
Adakah nama saya masih tersenarai sebagai ahli organisasi agama palsu?
-
Adakah saya menganggotai organisasi yang ada kaitan dengan agama lain?
-
Adakah kerja saya menyokong agama palsu dalam apa-apa cara?
-
Adakah hal-hal lain dalam hidup saya yang berkaitan dengan agama palsu?
-
Jika saya menjawab “ya” kepada mana-mana soalan ini, apakah perubahan yang perlu saya lakukan?
Buatlah keputusan yang membuktikan anda setia kepada Yehuwa dan yang tidak mengganggu hati nurani anda.
ADA ORANG KATA: “Kalau saya tahu apa yang orang murtad kata tentang Saksi-Saksi Yehuwa, saya boleh fikir cara untuk jawab mereka.”
-
Adakah tindakan itu bijak? Mengapa?
RINGKASAN
Untuk tetap setia kepada Yehuwa, kita tidak mahu bergaul dengan orang yang cuba memperdayakan kita.
Ulang Kaji
-
Mengapakah kita tidak patut mendengar bahan daripada orang murtad?
-
Jika kita tahu bahawa seorang rakan seiman telah melakukan dosa serius, apakah yang patut kita lakukan?
-
Bagaimanakah kita dapat mematuhi perintah untuk keluar daripada agama palsu?
JOM BELAJAR
Apakah yang patut kita lakukan apabila mendengar laporan palsu tentang Saksi-Saksi Yehuwa?
“Adakah Anda Mengetahui Faktanya?” (Menara Pengawal, Ogos 2018)
Bagaimanakah anda dapat mengenal pasti organisasi atau aktiviti yang menyokong Babilon Besar?
Apakah yang dilakukan sesetengah penentang untuk melemahkan iman kita?
Baca rencana “Sejak Kecil, Saya Ingin Mencari Tuhan yang Benar” untuk tahu kisah seorang pendeta Shinto yang memutuskan semua ikatan dengan agama palsu.