Ulang Kaji Bahagian 4
Bincang soalan berikut dengan guru Bible anda:
Baca Amsal 13:20.
Mengapakah kita perlu memilih kawan dengan bijak?
(Lihat Pelajaran 48.)
Apakah nasihat Bible yang dapat membantu anda jika anda seorang . . .
suami atau isteri?
ibu, bapa, atau anak?
(Lihat Pelajaran 49 dan 50.)
Bagaimanakah kita dapat menggunakan kurniaan bercakap dalam cara yang disenangi Yehuwa? Apakah pertuturan yang tidak disukai-Nya?
(Lihat Pelajaran 51.)
Apakah prinsip Bible yang membantu anda membuat pilihan bijak dalam soal pakaian dan dandanan?
(Lihat Pelajaran 52.)
Bagaimanakah anda dapat memilih hiburan yang menyenangkan hati Yehuwa?
(Lihat Pelajaran 53.)
Baca Matius 24:45-47.
Siapakah “hamba yang setia dan bijaksana”?
(Lihat Pelajaran 54.)
Bagaimanakah anda dapat menggunakan masa, tenaga, dan harta milik anda untuk menyokong sidang?
(Lihat Pelajaran 55.)
Baca Mazmur 133:1.
Apakah cara-cara anda dapat menyumbang kepada perpaduan sidang?
(Lihat Pelajaran 56.)
Bagaimanakah kita boleh mendapat bantuan Yehuwa jika kita telah melakukan dosa yang serius?
(Lihat Pelajaran 57.)
Baca 1 Tawarikh 28:9.
Jika orang menentang ibadat kepada Yehuwa atau meninggalkan-Nya, bagaimanakah anda dapat menunjukkan bahawa anda mengasihi-Nya dengan “sepenuh hati”?
Adakah anda perlu membuat perubahan agar dapat tetap setia kepada Yehuwa dan memisahkan diri daripada agama palsu?
(Lihat Pelajaran 58.)
Apakah yang dapat anda lakukan untuk bersiap sedia menghadapi penganiayaan?
(Lihat Pelajaran 59.)
Apakah yang ingin anda lakukan agar dapat terus membuat kemajuan?
(Lihat Pelajaran 60.)