SOALAN 4
Apakah yang Harus Saya Lakukan apabila Berbuat Salah?
APAKAH YANG AKAN ANDA LAKUKAN?
Bayangkan situasi ini: Semasa bermain bola bersama kawan-kawannya, Tim memecahkan cermin kereta jirannya.
Jika anda ialah Tim, apakah yang akan anda lakukan?
FIKIRLAH SEJENAK!
ANDA ADA TIGA PILIHAN:
-
Lari.
-
Salahkan orang lain.
-
Beritahu jiran apa yang telah berlaku dan berjanji untuk membayar ganti rugi.
Anda mungkin ingin memilih A. Tetapi, tidak kira anda memecahkan tingkap atau melakukan kesilapan lain, ada sebab yang baik untuk mengakui kesilapan anda.
TIGA SEBAB UNTUK MENGAKUI KESILAPAN ANDA
-
Itulah tindakan yang betul.
Bible menyatakan, “Kami ingin melakukan segala sesuatu dengan jujur.”—Ibrani 13:18.
-
Orang lebih mudah memaafkan anda jika anda mengakui kesilapan anda.
Bible berkata, “Sesiapa menyembunyikan dosanya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Sesiapa mengakui dan meninggalkan dosanya, akan dikasihani.”—Amsal 28:13.
-
Yang paling penting, Tuhan akan berasa gembira.
Menurut Bible: ‘Yehuwa membenci orang yang berbuat jahat, tetapi Dia akrab dengan orang yang baik.’—Amsal 3:32.
Karina pernah disaman kerana memandu melebihi had laju. Dia cuba menyembunyikan hal itu, tetapi akhirnya terbongkar juga. “Setahun kemudian, Ayah nampak saman itu. Dia sangat marah!” kata Karina.
Apakah pengajarannya? Karina berkata, “Jika kamu merahsiakan kesilapan sendiri, kamu hanya memburukkan keadaan. Akhirnya, kamu sendiri yang susah!”
BAGAIMANA ANDA DAPAT BELAJAR DARIPADA KESILAPAN
Bible menyatakan, “Kita semua sering berbuat silap.” (Yakobus 3:2) Namun, jika anda segera mengakui kesilapan diri, anda menunjukkan bahawa anda matang dan rendah hati.
Langkah yang seterusnya adalah untuk belajar daripada kesilapan anda. Seorang gadis yang bernama Vera berkata, “Saya menganggap setiap kesilapan sebagai suatu pengajaran. Pengalaman itu membantu saya menjadi orang yang lebih baik. Saya juga belajar untuk menangani situasi sebegitu dengan lebih bijak.” Cuba lihat bagaimana anda dapat berbuat demikian.
Anda telah merosakkan basikal abang anda. Apakah yang akan anda lakukan?
-
Diam sahaja dan harap abang anda tidak perasan.
-
Beritahu abang anda dengan jujur apa yang berlaku.
-
Beritahu abang anda apa yang telah berlaku tetapi menyalahkan orang lain.
Anda telah gagal dalam ujian kerana anda tidak membuat ulang kaji. Apakah yang akan anda lakukan?
-
Menganggap ujian itu terlalu susah.
-
Mengakui bahawa anda telah melalaikan tanggungjawab anda.
-
Menuduh bahawa guru anda sengaja mahu menyusahkan anda.
Sekarang, perhatikan dua situasi tadi dan cuba bayangkan anda ialah (1) abang anda dan (2) guru anda. Apakah pandangan abang dan guru terhadap anda jika anda segera mengakui kesilapan sendiri? Bagaimana pula jika anda cuba merahsiakan kesilapan sendiri?
Fikirkan tentang kesilapan yang anda lakukan tahun lalu dan jawablah soalan-soalan berikut.
Apakah kesilapan itu? Bagaimanakah anda menanganinya?
-
Saya merahsiakannya.
-
Saya menyalahkan orang lain.
-
Saya mengakui kesalahan saya.
Jika anda tidak mengakui kesilapan itu, apakah perasaan anda kemudian?
-
Baguslah, tiada orang tahu!
-
Berasa bersalah. Saya sepatutnya mengakui kesilapan saya.
Apakah cara yang lebih baik untuk menangani situasi itu?
Apakah yang anda pelajari daripada kesilapan itu?
APAKAH PENDAPAT ANDA?
Mengapakah sesetengah orang tidak ingin mengakui kesilapan diri?
Apakah pandangan orang terhadap anda jika anda selalu merahsiakan kesilapan sendiri? Tetapi, apakah pandangan mereka jika anda mengakui kesilapan anda?—Lukas 16:10.