Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

SOALAN 10

Bagaimanakah Bible Dapat Membantu Saya?

Bagaimanakah Bible Dapat Membantu Saya?

MENGAPA PENTING

Bible menyatakan bahawa “segenap Ayat-Ayat Suci diilhami oleh Tuhan.” (2 Timotius 3:16) Jika ini benar, Bible dapat membimbing anda.

APAKAH YANG AKAN ANDA LAKUKAN?

Bayangkan situasi ini: Semasa memandu, David melihat kawasan di sekelilingnya. Semuanya nampak asing bagi David. Setelah melihat papan tanda jalan raya, dia sedar bahawa dia telah mengikut jalan yang salah. Sekarang, dia sudah sesat.

Jika anda ialah David, apakah yang akan anda lakukan?

FIKIRLAH SEJENAK!

Anda mempunyai beberapa pilihan:

  1. Bertanya kepada orang.

  2. Melihat peta atau menggunakan GPS.

  3. Terus memandu dan berharap anda dapat sampai ke destinasi.

Jelaslah bahawa pilihan C adalah tidak bijak.

Pilihan B lebih baik daripada pilihan A. Sepanjang perjalanan, anda dapat menggunakan peta atau GPS pada bila-bila masa untuk mencari jalan yang betul.

Bible seperti peta atau GPS yang dapat membantu anda!

Buku yang paling laris ini dapat

  • membimbing anda semasa menghadapi masalah dalam kehidupan

  • membantu anda lebih mengenali diri anda dan menjadi insan yang lebih bijak

  • menunjukkan cara anda dapat menikmati kehidupan yang terbaik

MENJAWAB SOALAN-SOALAN PENTING DALAM HIDUP

Sejak kita tahu bercakap, kita suka bertanya.

  • Mengapakah langit biru?

  • Bintang dibuat daripada apa?

Seraya masa berlalu, kita mungkin tertanya-tanya tentang perkara yang berlaku di sekeliling kita.

Mungkinkah jawapannya terdapat dalam Bible selama ini?

Banyak orang berkata bahawa Bible penuh dengan cerita dongeng dan legenda, ketinggalan zaman, atau terlalu susah untuk difahami. Tetapi adakah Bible masalahnya, atau masalahnya pandangan orang terhadap Bible? Mungkinkah mereka dipengaruhi ajaran yang salah?

Contohnya, menurut pandangan orang, Bible mengajar bahawa Tuhan ialah penguasa dunia. Namun, adakah itu masuk akal? Dunia ini penuh dengan penderitaan, penyakit, kematian, kemiskinan, dan bencana. Adakah Tuhan yang pengasih menyebabkan semua masalah ini?

Inginkah anda mengetahui jawapannya? Apa yang dikatakan Bible mengenai penguasa dunia ini mungkin di luar sangkaan anda!

Anda mungkin mendapati bahawa nasihat dalam brosur ini adalah berdasarkan Bible. Saksi-Saksi Yehuwa yakin pada nasihat Bible kerana buku kuno ini ‘diilhami oleh Tuhan dan berguna untuk mengajar, menegur, dan membetulkan segala sesuatu.’ (2 Timotius 3:16, 17) Kajilah Bible dan anda akan mendapati bahawa kandungannya tidak luput ditelan zaman!