Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Jutaan Makhluk Roh

Jutaan Makhluk Roh

Bible memberitahu kita bahawa terdapat banyak makhluk roh. Yehuwa sendiri ialah roh.—Yohanes 4:24; 2 Korintus 3:17, 18.

Pada suatu masa, Yehuwa bersendirian di alam semesta. Kemudian, Dia mula mencipta makhluk-makhluk roh yang dipanggil malaikat. Mereka lebih berkuasa dan lebih bijak daripada manusia. Yehuwa telah mencipta banyak malaikat. Yohanes, seorang hamba Tuhan, telah melihat ratusan juta malaikat dalam sebuah penglihatan.—Daniel 7:10; Ibrani 1:7.

Tuhan telah mencipta malaikat-malaikat ini sebelum Dia mencipta bumi. (Ayub 38:4-7) Tiada satu pun daripada mereka ialah manusia yang pernah hidup dan mati di bumi.

Yehuwa ialah Roh. Dia telah mencipta jutaan makhluk roh