Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 33-37

Kawan Sejati Memberikan Nasihat yang Membina

Kawan Sejati Memberikan Nasihat yang Membina

Nasihat yang diberikan oleh Elihu serta cara dia memperlakukan Ayub berbeza daripada Elifas, Bildad, dan Zofar. Dia ialah seorang kawan yang sejati dan memberikan nasihat dengan berkesan. Teladan Elihu sememangnya layak ditiru.

SIFAT-SIFAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBERIKAN NASIHAT DENGAN BERKESAN

ELIHU MENETAPKAN TELADAN YANG BAIK

32:4-7, 11, 12; 33:1

 

  • SABAR

  • MEMBERIKAN PERHATIAN

  • MENUNJUKKAN HORMAT

 
  • Elihu menunggu dengan sabar sehingga orang yang lebih tua daripadanya selesai bercakap

  • Dengan menumpukan perhatian, Elihu dapat memahami situasi tersebut dengan lebih baik sebelum memberikan nasihat

  • Dia menggunakan nama Ayub dan bercakap dengannya seperti seorang kawan

 

33:6, 7, 32

 

  • RENDAH HATI

  • MUDAH DIHAMPIRI

  • BERSIMPATI

 
  • Elihu rendah hati dan baik hati. Dia mengakui bahawa dirinya tidak sempurna

  • Dia berbelas kasihan terhadap penderitaan yang dialami Ayub

 

33:24, 25; 35:1, 2, 5

 

  • BERPANDANGAN SEIMBANG

  • BAIK HATI

  • MEMILIKI PANDANGAN TUHAN

 
  • Elihu dengan baik hati membetulkan pandangan Ayub

  • Elihu membantu Ayub sedar bahawa dia tidak patut mengutamakan apa yang benar di mata sendiri

  • Nasihat baik Elihu membuka jalan bagi Ayub untuk menerima bimbingan selanjutnya daripada Yehuwa