Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

Kempen Mengedarkan Jemputan Konvensyen

Kempen Mengedarkan Jemputan Konvensyen

Setiap tahun, kita menanti-nantikan jamuan rohani yang akan dinikmati semasa konvensyen serantau. Kita akan menjemput seramai yang mungkin untuk hadir agar mereka juga dapat merasai kebaikan Yehuwa. (Mz 34:9) Badan penatua sidang akan menentukan cara terbaik untuk mengedarkan jemputan ini.

BUTIRAN PENTING

  • Bilakah tarikh konvensyen saya?

  • Bilakah kempen ini akan bermula?

  • Bilakah perjumpaan sebelum aktiviti penyebaran di sidang saya?

  • Apakah matlamat saya sempena kempen ini?

  • Siapakah yang ingin saya jemput?

APAKAH YANG AKAN ANDA KATA?

Selepas memberikan salam, anda boleh kata,

“Kami sedang mengedarkan jemputan bagi suatu acara yang sangat penting. Tarikh, masa, dan alamatnya terdapat pada jemputan ini. Kami gembira jika anda dapat hadir bersama nanti.”

CARA UNTUK MEMUPUK MINAT ORANG

Kita ingin menjemput seramai yang mungkin ke konvensyen ini. Namun kita harus peka terhadap minat yang ditunjukkan oleh penghuni rumah.

Pada hujung minggu, anda boleh menawarkan majalah bersama jemputan konvensyen.