Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Peringatan untuk Konvensyen

Peringatan untuk Konvensyen

Kita tentu ingin menunjukkan kasih kepada Tuhan dan orang lain. Hal ini termasuk semasa menghadiri konvensyen. (Mt 22:37-39) Satu Korintus 13:4-8 menggambarkan cara untuk menunjukkan kasih. “Kasih itu sabar dan baik hati. . . . [Kasih] tidak bersikap biadab, tidak mementingkan diri sendiri, dan tidak cepat naik marah. . . . Kasih itu abadi.” Seraya anda menonton video Peringatan untuk Konvensyen, fikirkan cara anda dapat menunjukkan kasih kepada orang lain semasa menghadiri konvensyen.

BAGAIMANAKAH KITA DAPAT MENUNJUKKAN KASIH . . .

  • semasa mengekhaskan tempat duduk?

  • sebelum selingan muzik bermula?

  • di tempat penginapan?

  • dengan merelakan diri untuk membantu?