Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Ciri Baru untuk Memulakan Perbualan

Ciri Baru untuk Memulakan Perbualan

Sejak Januari 2016, muka belakang Menara Pengawal edisi umum mengandungi bahagian “Apakah Ajaran Bible?” Bahagian baru ini direka untuk membantu kita memulakan perbualan tentang topik Bible. Rekaannya sama dengan risalah kita. Terdapat soalan, jawapan Bible, dan maklumat tambahan untuk dibincangkan.

Perbualan yang baik mengenai topik Bible biasanya mendorong orang untuk menerima pembelajaran Bible. Gunakan ciri baru ini untuk membantu lebih ramai orang yang lapar secara rohani.—Mt 5:6.

CARA MENGGUNAKAN CIRI INI:

  1. Tanya salah satu soalan kepada penghuni rumah

  2. Dengar pendapatnya dengan teliti

  3. Baca ayat Bible di bawah bahagian “Jawapan Bible,” dan minta pendapatnya tentang ayat itu. Jika dia tidak sibuk, teruskan perbualan dengan menggunakan salah satu isi di bahagian “Hal Lain yang Kita Pelajari daripada Bible”

  4. Tawarkan majalah

  5. Buat aturan untuk membincangkan soalan yang kedua pada masa yang lain