Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Anda Dapat Menggalakkan Orang Kristian yang Tidak Aktif

Anda Dapat Menggalakkan Orang Kristian yang Tidak Aktif

Setiap tahun, ramai orang Kristian yang tidak aktif akan menghadiri Peringatan. Mereka telah menyertai perlumbaan yang menuju kehidupan kekal. Tetapi, mereka tidak lagi bergiat atas sebab-sebab tertentu. Beberapa sebab tersebut dibincangkan dalam brosur Kembalilah kepada Yehuwa. (Ibr 12:1) Mereka yang tidak aktif masih bernilai di mata Yehuwa. Dia telah membeli mereka dengan darah Anak-Nya sendiri. (Kis 20:28; 1Pt 1:18, 19) Bagaimanakah kita dapat membantu orang yang tidak aktif untuk kembali ke sidang?

Para penatua berusaha untuk mencari dan membantu orang Kristian yang tidak aktif. Mereka bagaikan gembala yang sedang mencari biri-biri yang telah menyimpang dari kawanan. (Lu 15:4-7) Usaha mereka mencerminkan kasih Yehuwa. (Yer 23:3, 4) Namun, kita juga dapat menggalakkan orang yang tidak aktif. Kebaikan hati dan kasih yang kita tunjukkan pasti menyenangkan hati Yehuwa serta membawa hasil yang baik. (Ams 19:17; Kis 20:35) Adakah anda mengetahui sesiapa yang dapat anda galakkan? Jika ya, bertindaklah dengan segera!

SILA LIHAT VIDEO MENGGALAKKAN MEREKA YANG TIDAK AKTIF. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah yang dilakukan Abbey selepas berjumpa dengan seorang Saksi yang tidak dikenalinya?

  • Mengapakah kita patut berbincang dengan para penatua sebelum membantu seseorang yang tidak aktif?

  • Apakah persiapan yang dilakukan Abbey sebelum mengunjungi Laura buat kali kedua?

  • Bagaimanakah Abbey menunjukkan ketekunan, kesabaran, dan kasih, semasa menggalakkan Laura?

  • Apakah yang boleh kita pelajari daripada perumpamaan Yesus di Lukas 15:8-10?

  • Apakah hasilnya apabila banyak usaha dicurahkan untuk membantu Laura?