Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu Rohani Menyuntik Semangat

Lagu Rohani Menyuntik Semangat

Paulus dan Silas menyanyikan lagu pujian kepada Tuhan semasa di penjara. (Kis 16:25) Pada zaman moden, terdapat orang Kristian yang dimasukkan ke kem konsentrasi Sachsenhausen di Jerman, atau dihantar ke Siberia. Mereka juga menyanyikan lagu rohani semasa keadaan yang susah itu. Hal ini menunjukkan bahawa lagu rohani dapat meneguhkan orang Kristian yang menghadapi cabaran.

Tidak lama lagi, buku lagu Nyanyi dengan Gembira kepada Yehuwa akan diterjemahkan ke dalam banyak bahasa. Setelah menerima buku ini, berlatihlah untuk menyanyikan lagu-lagu rohani semasa Penyembahan Keluarga agar dapat menghafal liriknya. (Ef 5:19) Apabila masalah timbul, daya aktif Tuhan dapat membantu kita untuk mengingat semula lagu-lagu itu. Liriknya membangkitkan semangat dan membantu kita untuk bertumpu kepada harapan kita. Biarpun kita tidak mengalami kesusahan, lagu-lagu ibadat dapat mengungkapkan sukacita kita dan mendorong kita untuk bernyanyi dengan gembira. (1Ta 15:16; Mz 33:1-3) Semoga kita menghargai lagu-lagu rohani kita!

SILA LIHAT VIDEO LAGU YANG MENGGALAKKAN TAWANAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah situasi yang mendorong Saudara Frost untuk menggubah lagu?

  • Apakah kesan lagu itu terhadap rakan Kristian di kem konsentrasi Sachsenhausen?

  • Dalam kehidupan seharian, bagaimanakah lagu teokratik dapat menguatkan anda?

  • Lagu teokratik yang manakah yang ingin anda hafal?