Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Bagaimanakah Anda Dapat Bersiap Sedia untuk Sambutan Peringatan?

Bagaimanakah Anda Dapat Bersiap Sedia untuk Sambutan Peringatan?

Bermula tahun ini, kita ada lebih banyak masa untuk membuat persiapan bagi Peringatan kematian Yesus. Apabila hari Peringatan jatuh pada hari biasa, Perjumpaan Kehidupan dan Kegiatan Kristian tidak akan diadakan pada minggu itu. Jika hari Peringatan jatuh pada hujung minggu, ceramah umum dan pembelajaran Menara Pengawal tidak akan diadakan. Dapatkah anda memanfaatkan aturan ini dengan sebaik-baiknya? Seperti pada abad pertama, banyak persiapan perlu dibuat untuk acara istimewa ini. (Lu 22:7-13; km 3/15 1) Tetapi kita juga harus mempersiapkan hati kita. Apakah caranya?

  • Renungkan mengapa penting untuk menghadiri Peringatan.​—1Ko 11:23-26

  • Berdoa dan renungkan hubungan anda dengan Yehuwa.​—1Ko 11:27-29; 2Ko 13:5

  • Bacalah dan renungkan ayat-ayat Bible dan bahan bacaan Bible tentang makna Peringatan.​—Yoh 3:16; 15:13

Sesetengah penyiar membaca dan merenungkan pembacaan Bible sempena Peringatan dalam Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari. Ada juga yang membaca ayat-ayat Bible yang terdapat dalam jadual di rencana ini. Yang lain pula membaca rencana Menara Pengawal tentang Peringatan dan kasih Yehuwa dan Yesus. Tidak kira apa projek pembelajaran anda, semoga anda dapat mengeratkan hubungan anda dengan Yehuwa dan Yesus.