Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Apakah Perkara yang Terpenting bagi Saya?

Apakah Perkara yang Terpenting bagi Saya?

Yakub bergelut dengan malaikat untuk mendapatkan sesuatu yang sangat penting, iaitu berkat Yehuwa. (Kej 32:24-31; Ho 12:3, 4) Bagaimana pula dengan anda? Sudikah anda berusaha untuk mematuhi Yehuwa dan mendapatkan berkat-Nya? Misalnya, jika anda perlu memilih antara menghadiri perjumpaan dengan bekerja lebih masa, apakah pilihan anda? Apabila kita memberi Yehuwa apa yang terbaik, termasuk masa, tenaga, dan harta milik kita, Dia akan ‘mencurahkan berkat-Nya sehingga kita tidak kekurangan apa-apa pun.’ (Mal 3:10) Dia akan membimbing kita, melindungi kita, dan menjaga keperluan kita.​—Mt 6:33; Ibr 13:5.

TONTON VIDEO TETAP BERTUMPU PADA MATLAMAT ROHANI. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah perkara yang disukai oleh saudari itu telah menjadi suatu ujian baginya?

  • Bagaimanakah pekerjaan kita boleh menjadi suatu perkara yang menguji kita?

  • Mengapakah Timotius perlu terus menetapkan matlamat rohani biarpun dia seorang Kristian yang matang?​—1Ti 4:16

  • Apakah perkara yang terpenting bagi anda?

    Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kerja Yehuwa ialah “kerja yang terpenting”?