Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KEJADIAN 34-35

Pergaulan yang Buruk Membawa Padah

Pergaulan yang Buruk Membawa Padah

34:1, 2, 7, 25

Meskipun kita dapat melihat sifat-sifat baik jiran, rakan sekerja, atau rakan sekolah kita, adakah hal itu bererti bahawa mereka ialah pergaulan yang baik? Apakah yang dapat membantu kita untuk menentukan sama ada seseorang ialah pergaulan yang baik atau tidak?

  • Adakah mereka membantu saya untuk lebih menghampiri Yehuwa?

  • Apakah topik yang sering dibincangkan oleh mereka?​—Mt 12:34

TANYALAH DIRI: “Bagaimanakah pergaulan saya mempengaruhi hubungan saya dengan Yehuwa?”