Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Cadangan Penyampaian

Cadangan Penyampaian

MENARA PENGAWAL

Soalan: Ada kalanya, kita memerlukan kelegaan. Tetapi dari mana kita boleh mendapatkannya?

Ayat: 2Ko 1:3, 4

Cara Menawarkan: Majalah ini menjelaskan bagaimana Tuhan dapat memberi kita kelegaan.

AJARKAN KEBENARAN

Soalan: Adakah Tuhan punca penderitaan kita?

Ayat: Ayb 34:10

Kebenaran: Tuhan bukanlah penyebab penderitaan kita. Sebaliknya, kita mungkin menderita kerana Si Iblis, kerana keputusan orang yang tidak bijak, atau kerana kita berada di tempat yang salah pada masa yang salah. Apabila kita menderita, Tuhan akan membantu kita kerana Dia mengambil berat terhadap kita.

MENGAPA BELAJAR BIBLE? (Video)

Soalan: Pada pendapat anda, adakah Tuhan menguasai dunia ini? [Izinkan maklum balas.] Jawapan Bible mungkin tidak seperti yang anda sangka. Lihatlah jawapannya dalam video yang ringkas ini. [Mainkan video.]

Cara Menawarkan: Bab 11 buku ini membincangkan mengapa Tuhan mengizinkan penderitaan dan apa yang akan dilakukan-Nya pada masa depan. [Tawarkan buku Ajaran Bible.]

TULISKAN PENYAMPAIAN ANDA

Gunakan contoh penyampaian yang disediakan untuk menghasilkan penyampaian anda sendiri.