‘Marilah Kita Pergi ke Bukit Yehuwa’
“Pada masa hadapan” |
Merujuk kepada zaman sekarang |
‘Bukit tempat Rumah Yehuwa’ |
Ibadat Yehuwa yang suci dan unggul |
“Semua bangsa akan berduyun-duyun ke sana” |
Mereka yang mengamalkan ibadat sejati bersatu padu |
‘Marilah kita pergi ke bukit Yehuwa’ |
Penyembah yang sejati menjemput orang lain untuk menyertai mereka |
“Dia akan mengajar kita tentang kehendak-Nya; dan kita akan mengikut jalan yang dipilih-Nya” |
Menerusi Firman-Nya, Yehuwa membimbing dan membantu kita untuk mengikut haluan-Nya |
“Bangsa-bangsa tidak lagi berperang” |
Yesaya menggambarkan peralatan perang yang diubah menjadi alat-alat untuk bertani. Ayat ini menunjukkan bahawa umat Yehuwa akan memupuk kedamaian. Apakah alat yang dimaksudkan Yesaya? |
“Pedang menjadi bajak” |
1 Bajak ialah alat yang digunakan untuk menggemburkan tanah. Sesetengah mata bajak diperbuat daripada besi. |
“Tombak menjadi pisau pemangkas” |
2 Pisau pemangkas mungkin merujuk kepada alat yang serupa dengan sabit. Alat ini digunakan untuk mengerat ranting-ranting pokok anggur. |