Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Mencapai Hati Pelajar menerusi Buku “Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan”

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Mencapai Hati Pelajar menerusi Buku “Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan”

MENGAPA PENTING: Untuk diperkenankan Tuhan, orang perlu mempelajari standard Yehuwa dan menyelaraskan kehidupan mereka. (Yes 2:3, 4) Buku kedua yang digunakan untuk pembelajaran Bible, iaitu “Kasih Tuhan,” membantu pelajar memahami cara untuk menerapkan prinsip-prinsip Tuhan dalam kehidupan. (Ibr 5:14) Kita harus berusaha mencapai hati pelajar agar mereka mempunyai niat yang betul untuk membuat perubahan yang diperlukan.Rm 6:17.

CARANYA:

  • Buatlah persiapan rapi dan fikirkan keperluan pelajar anda. Sediakan soalan yang dapat membantu anda mengetahui pendapatnya tentang bahan yang dipelajari.Ams 20:5; be-IN 259

  • Gunakanlah maklumat dalam kotak dan tegaskan manfaatnya untuk menerapkan prinsip Bible

  • Bantulah dia untuk membuat pertimbangan berdasarkan hati nurani sendiri, tetapi jangan buat keputusan untuk dia.Ga 6:5

  • Fikirkan sama ada dia memerlukan bantuan untuk menerapkan sesetengah prinsip Bible atau tidak. Jika ya, galakkannya untuk membuat perubahan yang didorong oleh kasihnya kepada Yehuwa.Ams 27:11; Yoh 14:31