Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—​Membuat Penyesuaian

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—​Membuat Penyesuaian

MENGAPA PENTING: Kaum terurap dan biri-biri lain menjemput semua orang untuk mendapatkan ‘air kehidupan dengan percuma.’ (Why 22:17) “Air kehidupan” ialah semua persediaan Yehuwa untuk membebaskan manusia yang taat daripada dosa dan kematian. Untuk membantu orang daripada pelbagai budaya dan agama, kita perlu menyampaikan “berita baik yang kekal” dalam cara yang dapat menarik minat mereka.​—Why 14:6.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Pilih topik dan ayat yang dapat menyentuh hati orang di kawasan anda. Anda mungkin boleh menggunakan cadangan topik perbualan atau cara lain yang berkesan bagi anda. Apakah topik dan ayat Bible yang disambut baik? Apakah berita atau topik hangat yang selalu difikirkan orang? Topik apakah yang mungkin diminati oleh lelaki atau wanita?

  • Gunakanlah kata-kata sapaan yang bersesuaian dengan adat dan kebiasaan di kawasan anda.​2Ko 6:3, 4

  • Kenalilah bahan bacaan dan video yang terdapat dalam Bahan Utama untuk Mengajar agar dapat mengongsinya kepada orang yang berminat

  • Muat turun bahan-bahan dalam bahasa yang dituturkan oleh orang di kawasan penyebaran anda

  • Buatlah penyesuaian mengikut keperluan penghuni rumah. (1Ko 9:19-23) Contohnya, jika penghuni rumah telah kehilangan orang yang dikasihi dalam kematian, apakah yang akan anda katakan?

SILA LIHAT VIDEO. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah topik yang digunakan oleh penyiar pada mulanya?

  • Apakah yang sedang dilalui oleh penghuni rumah?

  • Dalam situasi ini, apakah ayat yang paling sesuai dikongsi, dan mengapa?

  • Apakah yang anda lakukan agar dapat menyesuaikan penyampaian untuk menarik minat orang di kawasan anda?