Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Bumi “Menelan Air Sungai”

Bumi “Menelan Air Sungai”

Sepanjang sejarah manusia, pihak berkuasa pernah menghulurkan bantuan kepada umat Yehuwa. (Ez 6:1-12; Es 8:10-13) Pada zaman ini, para penguasa yang bersikap munasabah, yang digambarkan sebagai “bumi,” telah menelan “air sungai,” iaitu penganiayaan daripada “naga,” atau Syaitan Si Iblis. (Why 12:16) Sebagai “Tuhan yang menyelamatkan” umat-Nya, Yehuwa mungkin membantu mereka menerusi para penguasa dunia ini.​—Mz 68:20; Ams 21:1.

Sekiranya anda dipenjarakan kerana iman anda, yakinlah bahawa Yehuwa tahu apa yang sedang anda hadapi. (Kej 39:21-23; Mz 105:17-20) Iman anda pasti diberkati dan kesetiaan anda dapat menggalakkan rakan seiman di serata dunia.​—Flp 1:12-14; Why 2:10.

SILA LIHAT VIDEO SAUDARA-SAUDARA KOREA DIBEBASKAN DARI PENJARA. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Mengapakah ribuan saudara di Korea Selatan dipenjarakan?

  • Apakah keputusan pihak berkuasa yang membolehkan saudara-saudara kita dibebaskan lebih awal?

  • Bagaimanakah kita dapat membantu rakan seiman di serata dunia yang dipenjarakan kerana iman mereka?

  • Bagaimanakah kita patut menggunakan kebebasan yang kita nikmati sekarang?

  • Semasa kita meraih kemenangan dalam kes mahkamah, siapakah yang memberikan kejayaan ini?

Bagaimanakah saya menggunakan kebebasan yang saya miliki?