Pengajaran daripada Hukum tentang Kusta
Apakah pengajaran yang dapat kita raih daripada hukum tentang kusta? Bagaimanakah kita dapat menerapkannya untuk melindungi kesihatan rohani kita?
-
Yehuwa mengajar para imam cara mengenal pasti penyakit kusta dengan cepat. Begitu juga, para penatua hari ini harus segera memberikan perhatian kepada orang yang memerlukan bantuan rohani.—Yak 5:14, 15
-
Orang Israel perlu memusnahkan barangan yang dicemari kusta, atau kulapuk, supaya kusta itu tidak merebak. Orang Kristian juga perlu melepaskan apa-apa yang membuat mereka berdosa biarpun mereka amat menyukai hal itu. (Mt 18:8, 9) Hal-hal itu merangkumi tabiat, pergaulan, atau hiburan
Bagaimanakah seorang Kristian dapat menunjukkan bahawa mereka ingin menerima bantuan Yehuwa?