Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Kita Menunjukkan Kasih dengan Menyokong Disiplin Yehuwa

Kita Menunjukkan Kasih dengan Menyokong Disiplin Yehuwa

Penyingkiran melindungi sidang dan mendisiplinkan pendosa yang enggan bertaubat. (1Ko 5:6, 11) Penyingkiran membuat semua orang sedih, termasuk ahli keluarga dan jawatankuasa pengadilan. Biarpun begitu, kita sedang menunjukkan kasih apabila kita menyokong disiplin Yehuwa. Mengapa?

Hal ini demikian kerana kita menunjukkan bahawa kita mengasihi nama baik Yehuwa dan menghormati piawaian-Nya yang suci. (1Pt 1:14-16) Kita juga menunjukkan bahawa kita mengasihi orang yang telah disingkirkan. Disiplin yang tegas memedihkan hati, tetapi kemudian orang itu akan “menuai buah kedamaian, iaitu kehidupan yang diperkenankan Tuhan.” (Ibr 12:5, 6, 11) Jika kita bergaul dengan orang yang disingkirkan atau orang yang menarik diri daripada sidang, kita sedang menghalang disiplin Yehuwa. Ingatlah, Yehuwa mendisiplinkan umat-Nya “dengan saksama.” (Yer 30:11) Kita terus berharap agar orang itu akan kembali kepada Bapa kita yang berbelas kasihan. Tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu terus menyokong disiplin Yehuwa dan mempunyai rutin rohani yang baik.​—Yes 1:16-18; 55:7.

SILA LIHAT VIDEO KEKALKAN KESETIAAN DENGAN HATI YANG BERSATU. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah perasaan ibu bapa Kristian apabila anak mereka meninggalkan Yehuwa?

  • Bagaimanakah sidang dapat menyokong ahli keluarga yang setia?

  • Apakah kisah Bible yang menunjukkan pentingnya untuk lebih setia kepada Yehuwa daripada ahli keluarga sendiri?

  • Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita lebih setia kepada Yehuwa daripada keluarga kita?