Cadangan Penyampaian
MENARA PENGAWAL
Soalan: Pernahkah anda mendengar kata-kata ini?
Ayat: Yoh 3:16
Cara Menawarkan: Majalah ini menjelaskan manfaat penderitaan dan kematian Yesus bagi anda.
MENARA PENGAWAL (muka belakang)
Soalan: Apakah pendapat anda mengenai soalan ini? [Baca soalan pertama.] Sesetengah orang percaya bahawa selepas seseorang mati, sesuatu dalam badan akan terus hidup. Yang lain pula berasa bahawa kematian ialah akhir segala-galanya. Apa pendapat anda?
Ayat: Pkh 9:5
Cara Menawarkan: Rencana ini menjelaskan ajaran Bible tentang hal ini. Anda boleh baca dahulu dan lain kali, kita boleh bincang lagi.
DENGARLAH CAKAP TUHAN
Soalan: Inginkah anda hidup di tempat seperti ini? [Tunjuk muka surat 2-3 dan izinkan maklum balas.]
Ayat: Yer 29:11
Cara Menawarkan: Brosur ini menjelaskan bagaimana kita boleh mendengar cakap Tuhan dan menikmati masa depan yang dijanjikan-Nya. [Bincang muka surat 4-5.]
TULISKAN PENYAMPAIAN ANDA
Gunakan contoh penyampaian yang disediakan untuk menghasilkan penyampaian anda sendiri.