Kristus Menderita demi Kita
Orang ‘menghina dan menolak dia. Penyakit kitalah yang dideritanya. Selama ini kita menyangka bahawa penderitaannya itu hukuman Tuhan baginya’
-
Yesus dicela dan dituduh sebagai orang yang menghina Tuhan. Ada yang percaya bahawa Tuhan menghukum Yesus, seolah-olah Dia mendatangkan penyakit kepada Yesus
“Penderitaannya memang menurut kehendak-Ku, . . . dan melalui dia maksud-Ku akan terlaksana”
-
Sudah tentu Yehuwa berasa susah hati apabila melihat Anak-Nya dihukum bunuh. Tetapi kesetiaan Yesus telah membawa sukacita yang besar kepada-Nya. Kematian Yesus membawa berkat kepada orang yang jujur hati, serta menjawab celaan Syaitan terhadap umat Tuhan. Sesungguhnya, ‘kehendak Tuhan’ telah tercapai