Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Gunakan Bahan Bacaan Bible dengan Bijak

Gunakan Bahan Bacaan Bible dengan Bijak

Yesus berkata, “Kamu menerima secara percuma, jadi berilah dengan percuma.” (Mt 10:8) Selaras dengan arahan ini, kita tidak menuntut bayaran bagi Bible dan bahan bacaan kita. (2Ko 2:17) Walaupun tidak dikenakan bayaran, bahan bacaan kita mengandungi kebenaran Bible yang bernilai. Banyak usaha dan perbelanjaan diperlukan untuk mencetak dan menghantar bahan ini ke sidang-sidang di seluruh dunia. Jadi, kita harus mengambil apa yang diperlukan sahaja.

Gunakanlah pertimbangan semasa menawarkan bahan bacaan kita, termasuk semasa kesaksian awam. (Mt 7:6) Kita tidak ingin mengedarkan bahan bacaan kepada sesiapa sahaja. Sebaliknya, kita mahu berbual dengan orang untuk mengetahui sama ada mereka berminat atau tidak. Bolehkah anda menjawab ya kepada salah satu soalan di dalam kotak? Jika anda tidak pasti sama ada orang itu berminat atau tidak, adalah lebih baik untuk memberinya risalah. Jika dia menginginkan majalah atau bahan yang lain, kita gembira untuk menawarkan bahan itu kepadanya.Ams 3:27, 28.