‘Mengisytiharkan Masa Yehuwa Menyelamatkan Umat-Nya’
‘Masa bagi Yehuwa untuk menyelamatkan umat-Nya’
-
Waktu itu merujuk kepada masa Yehuwa memberikan peluang kepada orang yang berhati jujur untuk dibebaskan
-
Pada abad pertama, masa itu bermula pada tahun 29 M, apabila Yesus memulakan kerja penyebarannya. Masa itu berakhir apabila Yehuwa “mengalahkan musuh-musuh” pada tahun 70 M, semasa Yerusalem dimusnahkan
-
Pada zaman sekarang, masa itu bermula pada tahun 1914, apabila Yesus menjadi raja di syurga, dan akan berakhir dengan kesengsaraan besar
Yehuwa memberkati umat-Nya dengan “pokok yang . . . melakukan hal yang benar”
-
Dalam bahasa Ibrani, perkataan “pokok” dalam ayat ini merujuk kepada pokok yang besar dan teguh
-
Pokok-pokok yang tertinggi di dunia biasanya tumbuh bersama di hutan. Setiap pokok menyokong satu sama lain
-
Akar-akar pokok yang saling berjalin membantu pokok berdiri teguh semasa ribut melanda
-
Pokok-pokok yang tinggi menyediakan perlindungan bagi pokok yang muda. Dedaun yang gugur pula menyuburkan tanah
Orang Kristian di seluruh dunia meraih manfaat daripada bimbingan dan perlindungan yang disediakan oleh “pokok yang . . . melakukan hal yang benar,” iaitu saki-baki kaum terurap di bumi