Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Bersukacitalah kerana Harapan Anda

Bersukacitalah kerana Harapan Anda

Harapan kita bagaikan sauh yang membantu kita agar tidak karam secara rohani apabila menghadapi cabaran. (1Ti 1:18, 19; Ibr 6:19) Antara perkara yang membuat hidup kita bergelora termasuk perasaan kecewa kerana kesilapan sendiri, kehilangan harta benda, masalah kesihatan, kematian orang yang tersayang, atau cabaran lain yang menguji kesetiaan kita.

Iman dan harapan membantu kita berfokus kepada berkat yang dijanjikan. (2Ko 4:16-18; Ibr 11:13, 26, 27) Tidak kira harapan kita di syurga atau di bumi, kita mesti menguatkan keyakinan kita dengan merenungkan janji-janji dalam Bible. Dengan itu, kita masih dapat bersukacita walaupun dilanda cabaran.1Pt 1:6, 7.

TONTON VIDEO BERSUKACITALAH KERANA HARAPAN ANDA, KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Mengapakah Musa merupakan teladan yang baik bagi kita?

  • Apakah tanggungjawab yang diamanahkan kepada ketua keluarga?

  • Apakah perkara-perkara yang dapat dibincangkan semasa Penyembahan Keluarga?

  • Bagaimanakah harapan masa depan membantu anda menghadapi cabaran dengan yakin?

  • Apakah berkat yang anda nanti-nantikan?