Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

“Hormatilah Ibu Bapa Kamu”

“Hormatilah Ibu Bapa Kamu”

Semasa di bumi, Yesus menekankan betapa pentingnya perintah ini: “Hormatilah ibu bapa kamu.” (Kel 20:12; Mt 15:4) Dia menunjukkan ketaatan kepada ibu bapanya semasa dia remaja. (Lu 2:51) Yesus juga mengatur agar ibunya terus dijaga dengan baik selepas kematiannya.​—Yoh 19:26, 27.

Kaum muda Kristian yang menghormati ibu bapa akan bersikap sopan dan mentaati mereka. Perintah untuk menghormati ibu bapa harus diikuti selagi kita hidup. Meskipun ibu bapa kita sudah berusia, kita boleh terus menunjukkan hormat dengan mendengar nasihat mereka. (Ams 23:22) Kita juga harus menjaga keperluan emosi mereka dan memberikan bantuan kewangan yang diperlukan. (1Ti 5:8) Sama ada kita tua atau muda, komunikasi yang baik dengan ibu bapa ialah satu cara untuk menunjukkan kita menghormati mereka.

SILA LIHAT ANIMASI PAPAN PUTIH BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT BERKOMUNIKASI DENGAN IBU BAPA SAYA? KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah yang mungkin menyebabkan anda berasa susah untuk berkomunikasi dengan ibu bapa?

  • Bagaimanakah anda menunjukkan hormat semasa bercakap dengan mereka?

  • Apakah manfaatnya jika anda berusaha untuk berkomunikasi dengan mereka? (Ams 15:22)

    Komunikasi dengan ibu bapa dapat membantu anda berjaya dalam kehidupan