Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MATIUS 14-15

Memberikan Makanan melalui Beberapa Orang

Memberikan Makanan melalui Beberapa Orang

Sebelum sambutan Paska pada 32 M, Yesus melakukan satu mukjizat. Mukjizat ini dicatatkan dalam buku Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes.

Seperti yang dilakukan Yesus dalam mukjizat itu, dia menggunakan cara yang sama hari ini untuk membantu orang ramai.

14:16-21

  • Yesus meminta pengikutnya untuk memberi orang ramai makanan walaupun mereka hanya mempunyai lima ketul roti dan dua ekor ikan

  • Selepas Yesus mengambil roti dan ikan itu, dia berdoa dan memberikannya kepada pengikutnya untuk diedarkan kepada orang ramai

  • Makanan yang diedarkan adalah lebih daripada mencukupi. Yesus hanya menggunakan beberapa pengikutnya untuk memberikan makanan kepada ribuan orang

  • Yesus menubuatkan bahawa semasa hari-hari terakhir, dia akan menggunakan satu saluran untuk menyediakan makanan rohani “pada masa yang sesuai.”​—Mt 24:45

  • Pada tahun 1919, “hamba yang setia dan bijaksana,” iaitu sekumpulan kecil saudara terurap, telah dilantik untuk memberikan makanan kepada “hamba-hamba lain”

  • Seperti pada abad pertama, Yesus menggunakan beberapa orang untuk memberikan makanan rohani kepada orang ramai hari ini

Bagaimanakah saya dapat menunjukkan bahawa saya mengakui dan menghormati saluran yang digunakan oleh Yesus untuk memberi kita makanan rohani?