Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menggunakan Soalan dengan Mahir

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menggunakan Soalan dengan Mahir

MENGAPA PENTING: Jika “fikiran seseorang bagaikan air di perigi yang dalam,” soalan adalah seperti baldi yang dapat menimbanya. (Ams 20:5) Soalan dapat membantu pendengar kita meluahkan pandangannya. Dengan menanyakan soalan yang sesuai, kita akan memperoleh maklumat yang berguna. Yesus menggunakan soalan dengan mahir. Bagaimanakah kita boleh menirunya?

CARANYA:

  • Tanya soalan untuk mengetahui pandangan seseorang. Yesus menggunakan soalan sebegini semasa bercakap dengan pengikutnya. (Mt 16:13-16; be-IN 238 4-6) Apakah soalan yang boleh anda tanyakan?

  • Tanya soalan untuk membantu pendengar mencapai kesimpulan yang betul. Yesus menanyakan soalan sebegini untuk membetulkan pandangan Petrus. Dia juga memberikan beberapa pilihan jawapan untuk membantu Petrus mencapai kesimpulan yang betul. (Mt 17:24-26) Seperti Yesus, apakah soalan yang boleh anda tanyakan?

  • Berikan pujian. Yesus memuji seorang jurutulis hukum yang “menjawab dengan bijak.” (Mr 12:34) Bagaimanakah anda dapat memuji seseorang setelah mereka memberikan jawapan?

SILA LIHAT BAHAGIAN PERTAMA VIDEO LAKUKANLAH KERJA YANG DILAKUKAN OLEH YESUS​—MENGAJAR. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Mengapakah cara mengajar tersebut kurang berkesan, meskipun maklumat yang disampaikan adalah tepat?

  • Mengapakah kita tidak patut sekadar menjelaskan maklumat kepada pelajar Bible?

SILA LIHAT BAHAGIAN KEDUA VIDEO TERSEBUT. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah saudara itu menggunakan soalan dengan mahir?

  • Selain menggunakan soalan dengan mahir, apakah hal lain yang dapat kita pelajari daripada saudara itu?

Adakah cara kita mengajar membawa kesan yang positif atau negatif? (Lu 24:32)