Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MATIUS 18-19

Janganlah Menyebabkan Diri Anda dan Orang Lain Tersandung

Janganlah Menyebabkan Diri Anda dan Orang Lain Tersandung

Perumpamaan Yesus mengajarkan betapa seriusnya jika kita tersandung atau menyebabkan orang lain tersandung.

18:6, 7

  • Ungkapan “menyebabkan orang tersandung” merujuk kepada perbuatan atau keadaan yang menyebabkan seseorang mengikut haluan yang salah, atau melakukan dosa

  • Jika seseorang menyebabkan orang lain tersandung, adalah lebih baik dia dibuang ke dalam laut dengan batu kisar digantungkan pada lehernya

Batu kisar

18:8, 9

  • Yesus berkata bahawa jika sesuatu yang berharga, seperti tangan atau mata, membuat mereka tersandung, mereka patut membuangnya

  • Adalah lebih baik untuk berbuat demikian dan memasuki Kerajaan Tuhan daripada terus memilikinya tetapi dibuang dalam Gehena, yang melambangkan kemusnahan yang kekal

Apakah perkara dalam hidup saya yang dapat menyebabkan diri saya atau orang lain tersandung? Bagaimanakah saya dapat mengelakkan situasi sebegini?