Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Hentikan Pembelajaran Bible jika Pelajar Tidak Membuat Kemajuan

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Hentikan Pembelajaran Bible jika Pelajar Tidak Membuat Kemajuan

MENGAPA PENTING: Semua orang harus menyeru nama Yehuwa untuk diselamatkan. (Rm 10:13, 14) Tetapi, bukan semua orang yang sudi belajar Bible ingin mengikut piawaian Yehuwa. Jadi, kita mesti menggunakan masa kita yang terhad untuk membantu orang yang mahu menyenangkan hati Yehuwa dan membuat perubahan. Jika seorang pelajar tidak membuat kemajuan selepas suatu jangka waktu, adalah lebih baik untuk mencurahkan usaha kita untuk membantu orang yang ingin menghampiri Yehuwa dan organisasi-Nya. (Yoh 6:44) Sudah tentu, jika pada kemudian hari pelajar itu menunjukkan “sikap yang diperlukan untuk menerima kehidupan kekal,” kita berbesar hati untuk menyambung pembelajaran Bible dengannya.​—Kis 13:48.

CARANYA:

  • Puji dia kerana ingin menimba pengetahuan yang tepat.​—1Ti 2:4

  • Tegaskan pentingnya untuk menerapkan apa yang telah dipelajarinya.​—Lu 6:46-49

  • Bincangkan perumpamaan Yesus tentang penabur benih. Kemudian minta dia untuk memikirkan apa yang menghalangnya daripada membuat kemajuan.​—Mt 13:18-23

  • Jelaskan sebab anda menghentikan pembelajaran Bible dengannya tanpa menyinggung perasaannya

  • Beritahulah dia bahawa anda akan melawatnya dari masa ke masa untuk menggalakkannya, dan bahawa pembelajaran Bible boleh disambung semula jika dia membuat kemajuan

SILA LIHAT VIDEO. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Melalui perbualan mereka, apa yang menunjukkan bahawa pelajar itu masih belum membuat kemajuan rohani?

  • Bagaimanakah penyiar membantu pelajarnya sedar bahawa dia perlu membuat perubahan?

  • Bagaimanakah penyiar memastikan peluang masih terbuka untuk pelajar itu menyambung pembelajaran Bible pada masa depan?