Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menyediakan Asas untuk Kunjungan Kembali

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menyediakan Asas untuk Kunjungan Kembali

MENGAPA PENTING:

Kita ingin menyiram benih kebenaran yang kita tanam. (1Ko 3:6) Jadi, apabila menemui orang yang berminat, ajukanlah satu soalan yang boleh dibincangkan pada kunjungan seterusnya. Dengan itu, kita dapat memupuk minatnya dan melakukan kunjungan kembali dengan lebih mudah. Apabila mengunjunginya, beritahulah bahawa kita ingin menjawab soalan yang diajukan pada kunjungan sebelumnya.

CARANYA:

  • Semasa menyiapkan penyampaian, sediakan satu soalan untuk dibincangkan pada kunjungan seterusnya. Anda boleh memilih soalan daripada bahan yang anda tawarkan atau bahan pembelajaran Bible yang ingin anda gunakan pada kunjungan seterusnya.

  • Pada akhir perbualan, beritahulah bahawa anda ingin kembali untuk berbual dengannya. Selepas itu, ajukan soalan yang telah anda sediakan. Jika boleh, dapatkan maklumat untuk menghubunginya.

  • Jika anda berjanji untuk kembali, pastikan anda menepatinya.—Mt 5:37.