KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Penghormatan Kita untuk Membina dan Menyelenggarakan Tempat Ibadat Sejati
Kerja pembinaan Rumah Tuhan memerlukan banyak usaha dan belanja. Namun, orang Israel dengan bersemangat menyokong projek itu. (1Ta 29:2-9; 2Ta 6:7, 8) Selepas tempat ibadat itu siap, orang Israel melakukan kerja penyelenggaraan dan hal ini menunjukkan tahap kerohanian mereka. (2Ra 22:3-6; 2Ta 28:24; 29:3) Hari ini, orang Kristian meluangkan banyak masa dan tenaga untuk membina, membersihkan, dan menyelenggarakan Dewan Perjumpaan serta Dewan Perhimpunan. Namun, kita berbesar hati bekerja bersama Yehuwa dan kerja ini juga sebahagian daripada khidmat suci kita.—Mz 127:1; Why 7:15.
ANDA BOLEH MELIBATKAN DIRI DENGAN . . .
-
Memastikan Dewan Perjumpaan bersih selepas setiap perjumpaan. Jika keadaan tidak mengizinkan, anda boleh mengemaskan kawasan tempat duduk anda.
-
Menyertai kerja pembersihan dan penyelenggaraan Dewan Perjumpaan. Kerja lebih ringan jika ramai orang membantu.—lv 107 ¶18.
-
Memberikan sokongan kewangan. Sumbangan ikhlas berupa “dua keping mata wang yang kecil” juga boleh menyenangkan hati Yehuwa.—Mr 12:41-44.
-
Merelakan diri untuk menyertai kerja pembinaan dan pengubahsuaian tempat yang digunakan bagi menyokong ibadat sejati. Pengalaman dalam kerja pembinaan bukan satu syarat untuk mengambil bahagian.