15-21 Januari
MATIUS 6-7
Lagu 21 dan Doa
Kata-Kata Pembuka (3 min. atau kurang)
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN
“Utamakanlah Kerajaan Tuhan”: (10 min.)
Mt 6:10—Kerajaan Tuhan diberikan keutamaan dalam doa Yesus. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya Kerajaan Tuhan (bh 195 per. 12)
Mt 6:24—Kita tidak boleh menjadi hamba Tuhan dan hamba Kekayaan pada masa yang sama (“menjadi hamba” nota pembelajaran untuk Mt 6:24, nwtsty)
Mt 6:33—Yehuwa akan menjaga keperluan umat-Nya yang mendahulukan Kerajaan-Nya (“hendaklah kamu sentiasa,” “apa yang benar di mata-Nya” nota pembelajaran untuk Mt 6:33, nwtsty; w16.07 12 per. 18)
Mencari Permata Rohani: (8 min.)
Mt 7:12—Bagaimanakah kita boleh menerapkan ayat ini semasa menyediakan penyampaian untuk aktiviti penyebaran? (w14 15/5 14-15 per. 14-16)
Mt 7:28, 29—Apakah reaksi orang ramai terhadap ajaran Yesus, dan mengapa? (“sangat kagum,” “cara dia mengajar,” “bukan seperti jurutulis hukum mereka” nota pembelajaran untuk Mt 7:28, 29, nwtsty)
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah yang anda pelajari mengenai Yehuwa?
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani lain yang telah anda temui?
Pembacaan Bible: (4 min. atau kurang) Mt 6:1-18
JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR
Kunjungan Pertama: (2 min. atau kurang) Gunakan cadangan topik perbualan. Atasi penghalang perbualan yang biasa diajukan di kawasan anda.
Kunjungan Kembali: (3 min. atau kurang) Gunakan cadangan topik perbualan. Orang yang ingin anda cari tiada di rumah. Namun, ahli keluarganya membuka pintu.
Video bagi Kunjungan Kembali yang Kedua: (5 min.) Mainkan dan bincangkan video.
KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
“Janganlah Khuatir Lagi”: (15 min.) Perbincangan. Mula dengan memainkan video Belajarlah daripada Perumpamaan Yesus—Perhatikanlah Burung dan Bunga.
Pembelajaran Bible Sidang: (30 min.) ypq pelajaran 8
Ulang Kaji Diikuti Sorotan Minggu Depan (3 min.)
Lagu 42 dan Doa