Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

“Kasih yang dimiliki Kristus menguasai kami” untuk bertindak.—2Ko 5:14

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Sudikah Anda Menjadi Perintis Sokongan pada Bulan Mac atau April?

Sudikah Anda Menjadi Perintis Sokongan pada Bulan Mac atau April?

Adakah anda ingin meluaskan khidmat anda kepada Yehuwa semasa musim Peringatan? (2Ko 5:14, 15) Anda boleh menjadi perintis sokongan dan meluangkan masa 30 atau 50 jam dalam kerja penyebaran pada bulan Mac dan April. Jika anda dapat menyertai aktiviti istimewa ini, berikanlah permohonan anda kepada Jawatankuasa Sidang. Setiap bulan, nama-nama orang yang diluluskan untuk menjadi perintis sokongan akan diumumkan kepada sidang. Dengan ini, sidang dapat menyokong mereka yang akan merintis. Semoga kita semua mengambil peluang ini untuk mengasah kemahiran menginjil kita dan menggalakkan satu sama lain pada musim peringatan ini.​—1Te 5:11.