Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Aturan untuk Menginjil kepada Semua Orang

Aturan untuk Menginjil kepada Semua Orang

Seperti pada zaman Israel kuno, Yehuwa mengatur umat-Nya hari ini untuk melaksanakan kehendak-Nya. Di seluas dunia, pejabat cawangan, litar, sidang, dan kumpulan aktiviti penyebaran diaturkan untuk menyebarkan berita baik. Kita menginjil kepada semua orang termasuk orang yang menuturkan bahasa asing.​—Why 14:6, 7.

Dapatkah anda belajar bahasa baharu untuk membantu orang lain mengenali kebenaran? Walaupun anda tidak dapat meluangkan masa untuk mempelajari bahasa baharu, anda boleh menggunakan aplikasi JW Language untuk belajar penyampaian yang ringkas. Dengan berbuat demikian, anda dapat menikmati sukacita yang sama seperti orang Kristian abad pertama. Mereka bersukacita semasa memberitahu orang asing tentang “perkara-perkara menakjubkan yang dilakukan oleh Tuhan” dalam bahasa mereka.​—Kis 2:7-11.

SILA LIHAT VIDEO JADILAH SAHABAT YEHUWA​—MENGINJIL DALAM BAHASA ASING. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bilakah anda dapat menggunakan aplikasi JW Language?

  • Apakah beberapa ciri aplikasi ini?

  • Orang daripada segala bangsa harus mendengar berita baik

    Apakah bahasa yang dituturkan oleh orang di kawasan penyebaran anda?

  • Apakah yang harus anda lakukan jika seseorang menunjukkan minat tetapi bertutur dalam bahasa lain?​—od 100-101 per. 39-41