KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Lindungilah Perkahwinan Anda
Yehuwa amat mementingkan ikrar perkahwinan. Dia berfirman bahawa suami isteri harus tetap bersatu. (Mt 19:5, 6) Dalam kalangan umat Yehuwa terdapat banyak perkahwinan yang bahagia, tetapi tiada perkahwinan yang sempurna dan masalah pasti akan berlaku. Apabila masalah timbul, suami isteri tidak patut berpisah atau bercerai seperti yang dilakukan oleh banyak orang. Jadi bagaimanakah orang Kristian dapat melindungi perkahwinan mereka?
Mari kita lihat lima cara.
-
Lindungilah hati anda dengan mengelakkan hal seperti bermain cinta dan hiburan yang tidak bermoral kerana hal itu akan melemahkan ikatan perkahwinan anda.—Mt 5:28; 2Pt 2:14.
-
Kukuhkan persahabatan anda dengan Tuhan dan kuatkan keinginan anda untuk menyenangkan hati-Nya.—Mz 97:10.
-
Terus mengenakan keperibadian yang baharu dan layan pasangan anda dengan baik supaya mereka gembira.—Kol 3:8-10, 12-14.
-
Terus menunjukkan sikap hormat dan berkomunikasi dari hati.—Kol 4:6.
-
Tunaikan kewajipan perkahwinan anda dengan penuh kasih.—1Ko 7:3, 4; 10:24.
Apabila orang Kristian menghormati perkahwinan, mereka sedang menghormati Pengasas perkahwinan, Yehuwa.
SILA LIHAT VIDEO KITA MESTI “BERLARI DENGAN TABAH”—PATUHI PERATURAN PERTANDINGAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
-
Meskipun suatu perkahwinan bermula dengan bahagia, apakah cabaran yang mungkin timbul?
-
Bagaimanakah prinsip Bible dapat membantu orang yang mempunyai perkahwinan yang tidak bahagia?
-
Apakah hukum yang ditetapkan Yehuwa mengenai perkahwinan?
-
Apakah yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak supaya perkahwinan mereka bahagia?