KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Konvensyen Tahunan—Peluang untuk Menunjukkan Kasih
Mengapakah kita begitu menikmati konvensyen tahunan kita? Seperti perayaan di Israel kuno, konvensyen hari ini memberi kita peluang untuk menyembah Yehuwa bersama ratusan, bahkan ribuan, rakan seiman kita. Kita menikmati jamuan rohani yang melimpah. Kita juga menikmati masa yang diluangkan bersama kawan-kawan dan keluarga. Oleh sebab kita menghargai semua ini, kita terdorong untuk menghadiri ketiga-tiga hari konvensyen.
Sewaktu kita berkumpul bersama, kita tidak mahu hanya fikir tentang manfaat yang dapat kita raih, tetapi kita juga mahu fikir tentang cara menunjukkan kasih kepada orang lain. (Ga 6:10; Ibr 10:24, 25) Apabila kita membuka pintu untuk rakan seiman atau mengekhaskan tempat duduk yang diperlukan sahaja, kita menunjukkan bahawa kita sedang memikirkan kepentingan orang lain. (Flp 2:3, 4) Konvensyen memberi kita peluang untuk mencari kawan baharu. Sebelum atau selepas program konvensyen dan pada waktu rehat, kita boleh cuba untuk bercakap dengan seseorang yang belum kita kenal. (2Ko 6:13) Orang itu mungkin akan menjadi kawan kita buat selama-lamanya! Yang terpenting, apabila orang lain melihat kasih sejati kita, mereka pun mungkin terdorong untuk menyembah Yehuwa bersama kita.—Yoh 13:35.
SILA LIHAT VIDEO KONVENSYEN ANTARABANGSA “KASIH ITU ABADI”! KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
-
Bagaimanakah kasih ditunjukkan kepada saudara saudari yang menghadiri konvensyen antarabangsa 2019?
-
Mengapakah perpaduan dan kasih dalam kalangan umat Tuhan sangat istimewa?
-
Apakah ciri-ciri kasih yang ditonjolkan oleh Badan Pimpinan?
-
Apakah yang membuktikan bahawa saudara saudari di Jerman dan Korea Selatan mempunyai kasih sejati?
-
Apakah tekad kita?