Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Ibu Bapa, Ajarlah Anak Anda

Ibu Bapa, Ajarlah Anak Anda

Kita hidup di dunia yang mengajarkan bahawa yang baik itu jahat dan yang jahat itu baik. (Yes 5:20) Sedihnya, sesetengah orang melakukan apa yang dibenci Yehuwa termasuk hubungan seks sejenis. Rakan sekolah dan orang lain mungkin menggoda anak-anak kita untuk ikut haluan mereka. Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk menolak pengaruh buruk mereka?

Ajarlah anak anda prinsip Yehuwa. (Im 18:3) Beritahu mereka apa yang dikatakan Bible tentang seks. Kongsilah maklumat yang sesuai dengan umur mereka. (Ul 6:7) Tanyalah diri, “Pernahkah saya mengajar anak saya cara yang betul untuk menunjukkan kasih sayang, pentingnya untuk memakai pakaian yang sopan, dan cara untuk melindungi diri supaya orang lain tidak mengambil kesempatan atas mereka? Adakah anak saya akan tahu apa yang mereka harus lakukan jika orang menunjukkan bahan lucah kepada mereka atau meminta mereka untuk melakukan sesuatu yang dilarang Yehuwa?” Pengetahuan tentang hal-hal ini boleh membantu mereka untuk mengelakkan bahaya. (Ams 27:12; Pkh 7:12) Dengan mengajar mereka, anda menunjukkan anda mengasihi anak anda yang dianugerahkan Tuhan.​—Mz 127:3.

SILA LIHAT VIDEO DIRIKAN RUMAH TANGGA YANG TEGUH​—LINDUNGILAH ANAK ANDA DARIPADA “APA YANG JAHAT.” KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Mengapakah sesetengah ibu bapa berasa susah untuk ajar anak tentang seks?

  • Mengapakah ibu bapa harus membesarkan anak dengan “disiplin dan nasihat daripada Yehuwa”?​—Ef 6:4

  • Pengetahuan dapat melindungi seseorang

    Apakah yang disediakan oleh organisasi Yehuwa untuk bantu ibu bapa ajar anak tentang seks?​—w19.05 12, kotak

  • Mengapakah ibu bapa harus berkomunikasi secara terbuka dengan anak-anak sebelum masalah muncul?