KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Teguhkan Iman Anda terhadap Firman Tuhan
Firman Tuhan dapat mengubah kehidupan kita. (Ibr 4:12) Tapi, untuk dapat manfaat sepenuhnya daripada bimbingan dan nasihatnya, kita harus yakin bahawa Bible benar-benar ialah “perkhabaran daripada Tuhan.” (1Te 2:13) Bagaimanakah kita dapat menguatkan iman kita terhadap Bible?
Bacalah Bible setiap hari. Semasa membaca Firman Tuhan, carilah bukti yang meyakinkan anda bahawa Yehuwa ialah Pengarangnya. Contohnya, kajilah buku Amsal dan lihatlah bagaimana nasihatnya memang bijak dan masih berguna sampai hari ini.—Ams 13:20; 14:30.
Buatlah projek pembelajaran. Kajilah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Bible memang diilhami Tuhan. Anda boleh gunakan Panduan Penyelidikan Saksi-Saksi Yehuwa. Lihatlah subjek “Bible” dan kemudian, pilih topik “Diilhami Tuhan.” Anda juga boleh rujuk Lampiran A3 dalam Bible Terjemahan Dunia Baharu untuk meyakinkan diri bahawa mesej Bible tidak pernah berubah.
SILA LIHAT VIDEO MENGAPA KITA BERIMAN KEPADA . . . FIRMAN TUHAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
-
Bagaimanakah penemuan ukiran pada dinding kuil di Karnak, Mesir, membuktikan bahawa catatan Bible adalah tepat?
-
Bagaimanakah kita tahu mesej Bible tidak pernah berubah?
-
Bible terpelihara sehingga hari ini. Bagaimanakah hal ini membuktikan bahawa Bible ialah Firman Tuhan?—Baca Yesaya 40:8