Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Bersedia Sekarang untuk Menghadapi Kecemasan Perubatan

Bersedia Sekarang untuk Menghadapi Kecemasan Perubatan

Mengapa penting? Kecemasan perubatan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga. Maka, kita harus buat persiapan sekarang supaya kita dapat menerima rawatan yang terbaik semasa berlakunya kecemasan. Dengan berbuat demikian, kita menunjukkan bahawa kita menghormati nyawa dan perintah Yehuwa tentang darah.—Kis 15:28, 29.

Apakah persiapan yang harus dibuat?

  • Isikan kad Arahan Penjagaan Kesihatan (DPA) secara teliti dan disertai doa. a Penyiar yang terbaptis boleh mendapatkan kad DPA daripada pembantu bahan bacaan. Mereka juga boleh mendapatkan Kad Pengenalan (ic) untuk anak-anak mereka yang belum mencapai umur 18 tahun

  • Sekiranya anda sedang mengandung, sila dapatkan dokumen Maklumat untuk Ibu Mengandung (S-401) daripada penatua. Dokumen ini akan membantu anda untuk membuat keputusan yang baik tentang isu-isu perubatan yang muncul semasa hamil dan bersalin

  • Jika anda perlu dimasukkan ke hospital atau menerima rawatan yang melibatkan darah, maklumkan penatua terlebih dahulu. Maklumkan juga pihak hospital bahawa anda mengalu-alukan lawatan daripada seorang wakil Saksi-Saksi Yehuwa

Bagaimanakah penatua dapat membantu? Mereka boleh membantu anda mengisikan kad DPA. Tetapi, dalam soal pilihan rawatan perubatan, mereka tidak akan membuat keputusan untuk anda atau menyuarakan pandangan mereka sendiri. (Rm 14:12; Ga 6:5) Apabila anda memberitahu penatua tempatan bahawa anda memerlukan rawatan perubatan yang mungkin melibatkan isu darah, mereka akan segera menghubungi Jawatankuasa Perhubungan Hospital (HLC).

Bagaimanakah HLC dapat membantu? Para saudara di HLC telah dilatih untuk membantu ahli bidang perubatan dan undang-undang memahami pendirian agama kita mengenai darah. Mereka boleh bincang dengan para doktor tentang rawatan alternatif tanpa darah. Jika perlu, mereka juga bersedia membantu anda mencari doktor yang sudi bekerjasama dengan anda.

SILA LIHAT VIDEO CARA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK RAWATAN YANG MELIBATKAN DARAH. KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah video ini bantu anda membuat persiapan bagi menghadapi kecemasan yang melibatkan isu darah?

a Pelajaran 39 buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! dapat bantu anda membuat keputusan yang melibatkan isu darah.