KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Menetapkan Matlamat untuk Musim Peringatan
Setiap tahun, umat Yehuwa menanti-nantikan sambutan Peringatan. Beberapa minggu sebelum dan selepas Peringatan, kita mempunyai peluang istimewa untuk memuji dan menunjukkan kesyukuran kepada Yehuwa atas kurniaan korban tebusan. (Ef 1:3, 7) Contohnya, kita berusaha untuk menjemput seramai orang yang mungkin untuk menghadiri Peringatan. Selain itu, ada yang mengaturkan masa untuk menjadi perintis sokongan. Mereka meluangkan 30 atau 50 jam untuk menginjil semasa bulan Mac atau April. Adakah anda ingin meningkatkan usaha semasa musim Peringatan? Bagaimanakah anda dapat mencapai matlamat itu?
Biasanya, rancangan yang baik dapat membantu kita. (Ams 21:5) Jadi, buatlah rancangan sekarang supaya anda dapat melakukan lebih banyak semasa musim Peringatan. Fikirkan apa yang anda ingin lakukan dan bagaimana anda dapat mencapainya. Jangan lupa untuk berdoa agar Yehuwa memberkati usaha anda.—1Yo 5:14, 15.
Apakah yang dapat anda lakukan untuk meningkatkan usaha semasa musim Peringatan?