Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

15-21 Januari

AYUB 36-37

15-21 Januari

Lagu 147 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Mengapa Anda Boleh Percaya Janji Tuhan tentang Kehidupan Kekal

(10 min.)

Yehuwa ialah Tuhan yang kekal (Ayb 36:26; w15 1/10 13 ¶1-2)

Yehuwa mempunyai kuasa dan kebijaksanaan untuk memastikan bumi dapat menampung kehidupan (Ayb 36:​27, 28; w20.05 22 ¶6)

Yehuwa mengajar kita cara untuk mendapat kehidupan kekal (Ayb 36:​4, 22; Yoh 17:3)


Iman yang kuat terhadap harapan kehidupan kekal dapat bantu kita menghadapi cabaran dengan tabah.—Ibr 6:19; w22.10 28 ¶16.

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Ayb 37:20—Bagaimanakah berita dan maklumat sering disampaikan pada zaman Bible? (it-1 1292)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. (lmd pelajaran 3 poin 3)

5. Buat Kunjungan

(4 min.) RUMAH KE RUMAH. (lmd pelajaran 2 poin 5)

6. Jelaskan Kepercayaan Anda

(5 min.) Ceramah. ijwfq 57 ¶5-15—Tema: Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Dianiaya pada Zaman Holocaust? (th pelajaran 18)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 49

7. Bersedia untuk Menghadapi Situasi yang Memerlukan Rawatan Perubatan atau Pembedahan

(15 min.) Perbincangan. Untuk dikendalikan oleh seorang penatua.

Organisasi Yehuwa mempunyai banyak persediaan yang dapat bantu kita mematuhi perintah Tuhan tentang darah. (Kis 15:​28, 29) Adakah anda memanfaatkannya?

Kad Arahan Penjagaan Kesihatan (DPA) dan Kad Pengenalan (ic): Kad-kad ini menyatakan keputusan seseorang tentang rawatan perubatan yang melibatkan isu darah. Penyiar yang dibaptis boleh mendapatkan kad DPA daripada pembantu bahan bacaan untuk diri mereka dan Kad Pengenalan untuk anak mereka yang belum mencapai umur 18 tahun. Bawalah kad DPA bersama anda pada setiap waktu. Jika anda perlu mengisi atau mengemas kini maklumat dalam kad DPA anda, lakukannya dengan segera.

Maklumat untuk Ibu Mengandung (S-401) dan Maklumat untuk Pesakit yang Memerlukan Pembedahan atau Kemoterapi (S-407): Dokumen-dokumen ini membantu anda untuk membuat persiapan baik bagi rawatan perubatan, termasuk hal yang berkaitan dengan isu darah. Sila dapatkan dokumen yang berkenaan daripada penatua jika anda hamil, atau perlu menjalani pembedahan atau rawatan kanser.

Jawatankuasa Perhubungan Hospital (HLC): Anggota HLC terdiri daripada penatua yang layak untuk memberikan maklumat perubatan yang berkaitan dengan isu darah kepada para penyiar dan doktor. Mereka boleh bincang dengan para doktor tentang rawatan alternatif tanpa darah. Jika perlu, mereka juga bersedia membantu anda mencari doktor yang sudi bekerjasama dengan anda. Anggota HLC bersedia membantu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Sila hubungi HLC seawal mungkin dalam apa-apa situasi yang memerlukan anda tinggal di hospital, menjalani pembedahan, atau rawatan lain seperti rawatan kanser. Sila minta bantuan HLC walaupun situasi anda nampaknya tidak melibatkan darah. Arahan ini juga tertuju kepada ibu yang hamil. Untuk dapatkan bantuan HLC, mintalah maklumat perhubungan daripada seorang penatua.

Mainkan VIDEO Jawatankuasa Perhubungan Hospital—Cara Mereka Membantu Kita. Kemudian tanya hadirin:

Bagaimanakah HLC dapat membantu anda jika anda perlu menjalani rawatan perubatan atau pembedahan?

8. Pembelajaran Bible Sidang

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 67 dan Doa